Wednesday, April 20, 2011

Antara Hashtag,Slogan Bola dan juga Maksud Sebalik Slogan.

Baru-baru ini aku bertweet sambil menonton Arsenal vs Liverpool.Sesungguhnya Twitter kini adalah Tuhan bagi segala internet sekarang - sila jujur dengan diri sendiri,timeline masih laju tatkala maghrib.Isyak,lupakan - time tu lagi laju.

Adapun begitu - menonton Arsenal vs Liverpool ini diselitkan juga dengan acara bakar membakar dan hanjing-menghanjing.Game sengit macam ni mesti ada acara pembakaran terbuka di Twitter.Jadi - berlambaklah hashtag-hashtag yang menunjukkan sokongan seseorang.

Paling common ialah #GGMU dan #YNWA.Ini ketara kerana inilah dua kelab paling popular di Malaysia dan dunia.Manchester United mempunyai 300 juta orang penyokong di dunia ini manakala Liverpool pula ada 180 juta orang.Pun begitu hashtag #YNWA ini tidak hanya digunakan oleh Liverpool,sebaliknya Celtic FC yang mempunyai 18 juta penyokong turut menggunakan hashtag tersebut.

Tiba-tiba aku ternampak hashtag #IAWT.Apakah ini?Apakah ini syarikat Indah Water punya hashtag?Oh bukan - rupanya ini hashtag untuk fan Arsenal - In Arsene We Trust.Macam tu rupanya - aku pun ooo panjang.Chelsea punya paling tak cool punya hashtag - #KTBFFH - lapan ratus kali aku garu kepala nak fikir.Rupa-rupanya Keep the Blues Flag Flying High.Sayang fan West Ham tak ramai kalau tak - ada hashtag #IFBB - I'm Forever Blowing Bubbles.

Sebagai fan Selangor aku pun initiate hashtag untuk Selangor - #MKLK atau Merah Kuning Lambang Kebanggaan.Kalau Kedah pulak patut guna #BJJK - Biar Jasa Jadi Kenangan.Dan fan Barca juga menggunakan hashtag #MQUC untuk menunjukkan bahawa mereka fan Barca - Mes Que Un Club.

Jadi,apakah maksud slogan-slogan ini dan diharapkan semua berfikir sejenak kenapa penyokong-penyokong pasukan ini memilih slogan ini.



#YNWA - You'll Never Walk Alone.

Hashtag yang digunakan oleh penyokong Liverpool dan Celtic.YNWA ini hampir semua fan Liverpool tau ringkasan ini kecuali seorang fan yang aku jumpa kat Facebook - pakai jersi Liverpool tapi tak tau apa itu YNWA.Dan slogan ini - You'll Never Walk Alone - bermaksud setiap penyokong Liverpool adalah bersaudara dan tidak akan ditinggalkan berseorangan.Ini adalah slogan paling sosialis dalam kelab bola sepak.Sebab tidak ada siapa yang akan ditinggalkan di belakang - dan tidak ada siapa yang boleh berjalan depan bajet star.Semuanya bersatu hati dan bekerjasama untuk maju.Jatuh bangun,walau berhadapan peristiwa Heysel dan Hillsborough - fan tetap bersatu hati.Ini baru kelab bola sejati beb!

By the way masa Hillsborough Disaster dulu,fan Celtic organize satu kutipan derma kilat untuk mangsa keluarga 96 orang yang terbunuh tu untuk majlis pengebumian mereka.Dan mereka juga akhirnya membuat perlawanan persahabatan Celtic vs Liverpool di Celtic Park untuk memungut derma untuk pertubuhan keluarga mangsa Hillsborough serta untuk lawsuit menentang The Sun.Nah - lihatlah - ini baru sosialisme sejati.No wonder John Lennon was born in Liverpool.Cool!



#GGMU - Glory Glory Man United.

Kelab ini seperti diketahui - mementingkan kegemilangan.Ini satu teras yang kuat dalam kelab ini.Buktinya - bila pasukan Man United tewas dengan Wolverhampton Wanderers,mereka tidak mempedulikan ulangtahun peristiwa Munich yang berlaku esoknya.Yang disebokkan "babi apasal Vidic tak form cibai,babi cibai Nani kaki lembik la!".Fan Manchester United - yang aku tau paling ramai mengutuk kelab sendiri bila kalah.Dan kelab ini juga penuh dengan gloryhunters.Bila menang baru penuh stadium,atau kedai mapley.Aku berani cakap tahun 2004-2005 time djaman-djaman Ronaldo masih lagi rambut sawang labah-labah dulu - yang datang tengok game MU boleh dikira.Betul tak @arilunited?Kan kan kan?

Tetapi mementingkan kegemilangan ni bagus sebenarnya.Seperti J or Ji berkata bahawa Manchester United sebuah kelab bernafsu untuk menjadi juara.Memang nampak sangat tu.Betul - mereka sentiasa bernafsu serakah untuk menjadi juara.Termasuklah juga beberapa peristiwa aneh seperti "Fergie Time",Howard Webb pemain ke-12 serta ada sahaja ajenda Freemason ni.Aku boleh katakan jika Liverpool ni Soviet Union yang sosialis - Man United ni Amareka.Hutang berjela-jela pun boleh di puncak klasemen lagi.



#KTBFFH - Keep The Blue Flag Flying High

Sekali nampak macam syarikat KTM diperbadankan.Nampak macam BFF best friend forever.Ini hashtag tak jimat ruang - orang empat huruf dia sampai enam.Bajet bagus lah sampai enam.Menang Champions League tak penah pun.Beli striker 50 juta pound dah dekat 700 minit pun tak gol-gol.Nampak sangat Liverpool pandai meletakkan agen provocateur ala KGB dalam Stamford Bridge.Bodoh punya Roman Abramovich - dulu kata pernah hidup djaman Soviet Union,kawan penuh kat KGB,takkan tak nampak ini satu ajenda Liverpool melumpuhkan The Blues ni?

Anyway - kelab ini sangat berbangga dan patriotik serta konservatif.Besides,Parlimen Chelsea and Fulham(nama kawasan parlimen ialah Chelsea and Fulham),adalah dimenangi oleh Parti Konservatif.Warna biru juga selalu diassosiasikan dengan mereka yang beraliran kanan,patriotisme - berbanding rebel warna merah.Sebab tu slogan dia - "Keep The Blue Flag Flying High" tidak ubah macam slogan Hari Kebangsaan.



#IAWT - In Arsene We Trust.

Hashtag ni sekali pandang macam Indah Water.Tapi lantaklah - it's In Arsene We Trust.Apakah maksud slogan ini?Maksudnya ini adalah penyembahan seekor Homo Sapiens yang menggelarkan dirinya sebagai Le Proffeseur - tapi perangai emo mengalahkan sekolah Taski Felda Kerayong III punya pemain.Boleh disenaraikan statement-statement emo si Arsene ni banyak - dari "pemain MU bermain kasar dalam bolasepak"(memanglah main bola kena bergasak,kau ingat ni menari balet?),ke "pemain Leyton Orient bermain anti-football kerana main defend je"(memanglah dah senarai harga player-player Arsenal tu dah boleh beli stadium Brisbane Road tu ha) dan macam-macam lagi "kids says the darnest thing" yang dikeluarkan oleh Arsene ni.

Pun begitu - fan Arsenal terus mendewa-dewakan mamat ni seolah-olah mamat ini adalah seperti Imam Mahdi yang bakal menjadikan Arsenal sebagai juara Eropah pertama dari wakil London.Mereka layak ke final tahun 2006 - tapi relaxlah,setakat layak ke final AS Monaco pun pernah.Well,aku rasa kalau dah 6 tahun tak menang apa-apa,termasuk kalah final dengan Birmingham City,aku rasa korang tak payah lah trust mamat ni.Tukar je la manager baru.Melihat karenah memuja Arsene ini seolah-olah seperti pengikut ajaran Ayah Pin yang sanggup minum air kaki.Bagi kelab yang mempunyai sejarah yang besar macam Arsenal,tak menang satu piala pun hatta Carling Cup - memang perlu ditukar manager.

Liverpool?We won it 5 times..

Lain-lain hashtag:

Barcelona:#MQUC - Mes Que Un Club.Bahasa Catalan bermaksud "lebih dari sebuah kelab".Dan aku tengok fan Barca memang menganggap FC Barca ni lebih dari sebuah kelab bolasepak.Mereka ada pilihanraya umum untuk memilih Presiden kelab.

FAM?Kalau lawan nanti kena tulah.LOL!

Tottenham Hotspurs - #GGTH - Glory Glory Tottenham Hotspurs.Ikut fakta,yang mula-mula guna Glory Glory ni ialah Leeds United masa layak ke final Champions League under Ian Dowie.Kemudian Tottenham Hotspurs pun buat Glory Glory.Hanya pada djaman Ferguson baru mereka guna Glory Glory.Pendek kata,Leeds ni macam Screaming Trees,pengasas grunge - Tottenham macam Mudhoney,tapi yang glamer ialah MU - macam Nirvana.

Selangor:#MKLK - Merah Kuning Lambang Kebanggaan.Slogan ni menunjukkan anak watan Selangor memang bangga dengan pasukan Red Giants ni.Cerita-cerita bega macam nak letak bintang kat jersi padahal baru menang sekali,cerita menang treble tapi gunakan khidmat mat Afrika ni tak payah.Gabungkan seluruh kejuaraan Piala Malaysia seluruh Semenanjung - vs Selangor 32 kali,still tak boleh beat.32 kali beb - ini baru klasemen.Sebab tu siapa yang pakai jersi merah kuning harus berbangga.

14 comments:

IkhlasJohn said...

Kejor yob kejor...skor yob skor

Berto said...

selain GGTH, spurs juga glemer dgn COYS; come on you spurs!

Özgür Çek said...

#GKG
#YNWA

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

COYS.....yeeehaaaa.....!

pex91 said...

"Bagi kelab yang mempunyai sejarah yang besar macam Arsenal,tak menang satu piala pun hatta Carling Cup - memang perlu 'DIBAKO' je manager tu"...haha

Hafiz Zulkefly Design Ethics said...

pulun kedah pulun

Nik Saiful Anuar said...

@Liverpool #YNWA, muehehehe

aQi + GenGkey said...

#GGTH dh mcm Go Go To Hell da..
haha..:D

kavkiskey said...

#GKG

GOMO KELATE GOMO

!!!!

Amy said...

YNWA~JFT96~IKKWT

Badie88 said...

terbaek la ko pnya entri...YNWA..

PELAUNG PULAU said...

#HJH-hobin jang hobin

Ray Jin Hai 77 said...

yeahhhh...#YNWA #MKLK

Ray Jin Hai 77 said...
This comment has been removed by the author.