"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Orang kata, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan dan kemajuan manusia sejagat. Cerita tentang keindahan gadis dan kecantikan wanita huraiannya sangat meluas dan mendalam baik daripada segi adat, adab, budaya mahupun agama.
Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita punya kuasa, bila ditambahnya gula dalam kata-kata, hati lelaki seutuh Kota Melaka pun mampu roboh. Jangan cakap gua sembang, ini cerita betul, belum kena belum tahu. Wanita ibarat bintang di malam kelam buat seseorang lelaki. Tanpa bintang, tak bercahaya langit di kala malam. Nah! Kemain!
Wanita.
Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.
Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.
Perkara tersebut juga berlaku kepada seorang wanita bernama RosNANI.
Nani cengeng!
Selain daripada RosNANI di atas, Sokerleaks ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di seluruh dunia. Raikan hari anda dengan senyuman dan kasih sayang.
15 comments:
I like... lol.. silap gune akaun tadi.. ngahahahahaha
tersentuh aku der...hakhak~
cilake.
intro dah macam majalah wanita.
haha
Teringin juga nak jadi penulis di majalah Wanita, tapi ilmu kewanitaan belum khatam lagi..keh keh keh..
cilakak, rosnani name aunty aku woi..
haha...celake. rosnani pun ada perasaan juge woi.
3 entri berderet cerita pasal rosNANI..nani cengeng!
hampeh... leh plak bubuh nama rosNANI
(^__^)
tergelak besar bile bace... nice! ape-ape entry yg menganing Man U dianggap entry terbaek!!
kipidap!
Nani tu kira boleh la jugak dirayakan pada hari wanita ni...haha
Gua minat Roscani ori je...Rosnani kompem cetak rompak...
kahkah..aku ingat serius nak ucap hari wanita..fes malas nak baca,tp baca gak..tengok2 rupanya nak menganjing anak rusa nani...kahkah...
memang aku setuju,setiap entry yg menganjing fan Mu memang terba..
Kasian Nani menangis bak budak perempuan
Kene lagi NANI ni..hahahaha..mana2 baca asik kene jer..hahahaha..gembing btol Nani ni..muka dah ala2 ganas..nmpak darah terus meroyan..cemana nak masuk labour room nanti..huhuhu
nani : hati aiii lembut taww. uols tau apewww? ce uols cari mana2 player football nangis sebab tengok darah, takde tawww. sampai hati uols nganjing aiiii
dahla majuk macam pempuan. carra nak gi juppe mitok maah pun dok mboh layang.
Post a Comment