Wednesday, June 15, 2011

Martin Palermo

 Jeng jeng jeng....Saya bukan X-Men, apatah lagi Gambit.

Hai. Sihat semua? Kenal saya tak? Tak kenal? OK tak apa. Saya tahu, dekat Malaysia ni memang saya tak femes macam Daudsu, tapi dekat Argentina, populariti saya mengalahkan populariti Mawi tahu x?

Nama saya Martin Palermo. Saya memulakan karier bolasepak bersama Estudiantes, kemudian ke Boca Juniors sebelum berkelana ke Spain . Dekat LaLiga, saya tak de la power mana pon. Saya main untuk Villareal, Real Betis dan Alaves. Tapi dekat La Bombarena saya ni lejen tahu.

 suwittt x saya??

Antara sebab saya lejen adalah saya selalu menjaringkan gol ketika bertemu musuh tradisi Boca iaitu River Plate. Saya juga membantu Boca menjuarai Intercontinential Cup tahun 2000, menewaskan Real Madrid. Selain itu saya juga penjaring terbanyak Boca sepanjang masa, iaitu sebanyak 236 gol. Power tak saya? Sebab saya tak berapa menjadi dekat Spain, saya pon balik lah ke Boca Juniors.

Walaupon hebat bersama Boca Juniors, saya tak mampu menjelmakan kehebatan tersebut bersama pasukan kebangsaan saya iaitu Argentina. Lebih kurang macam Messi jugak la, hebat dekat kelab, main dengan negara hampeh. Paling hawau bila saya miss 3 penalti dalam satu perlawanan. Bangang gila kan saya? Tapi saya masih ada rekod untuk pasukan Argentina; saya ni pemain paling tua Argentina yg menjaringkan gol dalam Piala Dunia. Hik hik, power la jugak kan?

 Sambutan meriah terhadap saya

Oh ya, saya dah berumur 37 tahun. Dah tua dah saya ni, baya-baya Ryan Giggs. Umur kitorang je sama tau, tapi perangai lain-lain. Saya tak de la se-hawau giggs ni pergi sental adik ipar sendiri. Jadi bila bersara ni, hati saya memang agak berkecamuk sedikit la, lagi-lagi lepas apa yg fan Boca buat ni. Terharu saya tau.


T___T. Terharu betul saya, siap main harmonika lagi. Dah la, saya tengah sedih ni, baik saya beransur dulu. Dia punya sedih ni mengalahkan tengok AF tawww.

Martin Palermo (Loco @ Titan) 1992-2011

Woi woi, aku tak mati lagi la woi, aku bersara je. Nangis gaya macam aku dah RIP.

10 comments:

aQi + GenGkey said...

pergh..
ni bukn player yG slamatkn maruah maradona ke..
yG score last2 minit tuk bolehkn argentina qualify tuk maen kt world cup..

fizi said...

haha..tua2 pn, stil like machine gun...create a goal....martin palermo

dear anies said...

dia xpemes sbb x men @ BPL

Honeymoon

Cob Nobbler said...

Adios Martin Palermo.

The best Boca player since Diego Maradona.Honestly from a Boca fan like me.

Chis gua boleh tak review pasal ni..ni semua gara2 gua bz menulis nak jadi macam Linglung la ni..kahkahkah!

Cob Nobbler said...

yang main harmonika tu Ciro,aku tau Ciro ni dari @ezmira86 tahun lepas dia pergi Argentina,dia cakap mamat ni rockstar paling famous kat Argentina.

hahahaha!Dia memang big fan Boca pun si Ciro ni.

DIYSAR said...

sepak penalti 3 kali time copa america taun bila ntah, mmg kena maki dgan abg aku mamat ni hahaha

aku bukan fans dia sbb aku minat batigol lagi dulu

Pengejar Bintang said...

DIYSAR:Copa America 2001.

Jimmy Stracqualursi said...

walaupun aku fan river plate, mamat ni sumpah aku respek. saluda!

WaiRai- said...

banyak dia suke buat gol aneh ... sbb tuh dia disukai ramai baik lawan dan kawan

PELAUNG PULAU said...

aku men FM dulu suka beli dia..feed bola kat kepala..selalu gol..main atribute dia header....mmg best mamat ni