Wednesday, June 29, 2011

Piala Dunia Gadis (part 1)

Kalendar bolasepak antarabangsa tahun ni boleh dikatakan agak sibuk. 2 kejohanan besar, Gold Cup dan Euro U-21 baru sahaja selesai dilangsungkan dan kini, peminat bolasepak menumpukan perhatian ke Argentina, dimana Copa America, salah satu kejohanan berprestij didunia bakal berlangsung disamping pada waktu yang sama negara berdekatan, Mexico sedang menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia Bawah-17 tahun.

Di Jerman, beberapa wanita cantik dan berbadan solid bertungkus -lumus beraksi diatas padang. Piala Dunia Wanita (WWC) kini sedang rancak dijalankan dibeberapa buah bandar di Jerman. Bezanya penganjuran WWC ini dengan penganjuran Piala Dunia 2006 yg lepas, kebanyakan stadium yang digunakan adalah dalam kapasiti yg agak kecil, memandangkan tahap penerimaan masyarakat terhadap wanita bermain bola masih belum mencapai standart yg sama seperti penerimaan masyarakat terhadap lelaki bermain bola. Oh, bunyi maca gay pon ada jugak statement ni.

Karla Kick, maskot kejohanan. Takde kick langsung.

SokerLeaks tidak mengamalkan diskriminasi terhadap perbezaan gender. Kami disini turut memantau perkembangan gadis-gadis, kaum-kaum ibu dan janda-janda bergetah ini beraksi menendang bola. Diharap tiada insiden mencakar muka atau pon menarik tocang pihak lawan. Mari kita berkenalan dengan pasukan dan bintang-bintang utama WWC ini:-

Kumpulan A

1. KANADA

Nama Manja: Big Red
Rangking Dunia: 6
Pencapaian terbaik WWC: No.4 edisi 2003 di USA
Ancaman bahaya terhadap lawan: Christine Sinclair
Ancaman bahaya terhadap lelaki: Kaylyn Kyle, Jonelle Filigno

Chrstine Sinclair, 28 tahun. Kapten pasukan, menjaringkan gol untuk pasukannya dalam perlawanan pembukaan dengan tuan rumah, Jerman yg berkesudahan Kanada kalah 1-2. Susuk tubuhnya yg besar mungkin sesuai untuk posisi tengah mahupon pertahanan, namun beliau sebenarnya adalah seorang penyerang, dan sehingga kini telah mencatatkan 116 bijik gol untuk Kanada. Ikon remaja Kanada, Justin Bieber langsung tak mampu mengatasi rekod ini, harap training dengan Barca je lebih.

Kaylyn Kyle, 22 tahun. Ada iras-iras Taylor Swift kalau dilihat dari belakang.

Jonelle Filligno, 20 tahun. Bukan gadis blonde, maknanya beliau bijak. Masih menuntut di Rutgers University dalam bidang pengurusan sukan.
_________________________________________________

2. FRANCE

Nama Manja: Les Blues
Rangking Dunia: 7
Pencapaian terbaik WWC: Group Stage edisi 2003 di USA
Ancaman bahaya terhadap lawan: Marie-Laure Delie
Ancaman bahaya terhadap lelaki: Corine Franco and Geothene Thiney 

 Marie-Laure Delie, boleh dikatakan 'Thierry Henry' untuk skuad feminine Les Blues. Kehebatan beliau terserlah setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang Nigeria sekaligus mencatat 3 mata berharga.


Yang berambut panjang tu Gaetane Thiney, yg rambut pendek tu Corine Franco. Corine Franco main untuk Lyon, juara Women's Uefa Champions League . Aummm. Gua cop Corine Franco tu awal-awal ok?
________________________________________________


3. NIGERIA

Nama Manja: Super Falcons
Rangking Dunia: 27
Pencapaian terbaik WWC: Suku Akhir edisi 1999 di USA
Ancaman bahaya terhadap lawan: Perpetoa Nkwocha
Ancaman bahaya terhadap lelaki: Ulunma Jerome



Perpetoa Nkwocha. Walaupon berumur 35 tahun, beliau merupakan antara pemain wanita terbaik afrika. Kiranya macam Didier Droga lah dia ni. Setakat ini mencatatkan 40 gol bersama Super Falcons dalam 80 penampilan.


Ulunma Jerome. Bermian untuk sebuah kelab di Sweden. Wanita berdarah Nigeria ini mempunyai taste yg tinggi dari segi fesyen dan penampilan. Missy Eliot adalah idola beliau.
_______________________________________________


4. JERMAN

Nama Manja: Die Nationalelf
Rangking Dunia: 2
Pencapaian terbaik WWC: Juara edisi 2003 (USA) dan edisi 2007 (China)
Ancaman bahaya terhadap lawan: Babbet Peter, Birgit Prinze
Ancaman bahaya terhadap lelaki: Kim Kulig, Simon Laudehr

 Bebbet Peter, pertahanan kental buat skuad tuan rumah yg juga merupakan juara bertahan. Jika disearch digoogle nama beliau, dapat dilihat gambar beliau semua pesen sama, bibir mengherot. Pada awalnya mungkin beliau dilihat agak gedik kerana menyerotkan bibir, namun sebenarnya beliau bukan saja-saja nak herot, Bebbet menghidap penyakit facial nerve paralysis.


Birgit Prince, kapten pasukan. All time WWC leading scorer (14 gol). Hebak dia ni, hebakkk.


Kim Kulig, baru sahaja berumur 21 tahun. Seorang pemain tengah yg kadang-kala diturunkan sebagai penyerang. Beliau juga mampu menyerang kelubuk hati pemuda-pemua Jerman. Dikhabarkan pernah dingorat bintang Jerman, Gerald Asamoah.


Simone Laudehr. Selain bermain bola, beliau juga adalah model untuk beberapa produk dan jenama mewah. Gambar dia ni memang saja-saja herot bibir, tak de sakit apa pon dia ni. Sihat dan seksi. Dikatakan antara atlet wanita terhangat masa kini.






P/S: Kumpulan B menyusul esok.

8 comments:

Tengku Firmino said...

1st

Ariffin Janal said...

naisss entry

kareem said...

gile arh lu...

Berani lu tak tulis pasal Louisa Necib bile sebut pasal france? Lu tau tak die Zidane versi wanita?

Apostolos Velios said...

team kanada pmpuan no.6 dunia! jauh berbeza berbanding team lelaki yg ranking entah ke brape.

Berto said...

@kareem

alamak, gua pon baru je kenal semua player pompuan ni. tp setelah diselidik, mmg Louisa ni Zidane versi wanita. Harap2 takde la dia hantuk kepala kat lawan

Unknown said...

si Torres kapten Chile ade x rasenya, aku minat die, hehe

dear anies said...

tetiba teringat skuad wanita negara..amacam?

Mohd Rasydan said...

tengok diorang ni bila photoshoot, bukan main lawa lagi. tapi bila atas padang, sekor-sekor muka cam muka kampung. lol