Thursday, June 30, 2011

Piala Dunia Gadis (part 2)

Sambungan dari entri Piala Dunia Gadis (part 1). Kali ni kita tinjau kumpulan B.

ENGLAND

 Jika skuad lelaki digelar Three Lions, geng wanita England pula dikenali sebagai Three Lionesses (singa betina). Walaubagaimanapun, sama seperti skuad lelaki, skuad wanita mereka tidaklah segarang singa betina pon. Kalo dah England tu, sampah la jugak ye dak.

England tidak pernah menjuarai Piala Dunia Wanita. Pencapaian terbaik mereka hanyalah pada tahun 1995 dan 2007, kedua-duanya setakat suku akhir. Ketika ini, mereka menduduki ranking ke-10 dunia. Keputusan seri 1-1 dengan Mexico (ranking 22) pada perlawanan pertama jelas menunjukkan England cuma memiliki liga yang hebat sahaja, bukan team kebangsaan yg hebat, baik team lelaki, team perempuan, team bawah 21tahun mahupon team bawah 17. Senang kira England = Sampah.

Rachel Yankey (kiri) adalah tunjang utama skuad England kali ni. Pemain berwajah Ezlyn Hai-Hai Bai-Bai ini adalah pemain paling banyak caps dalam senarai akhir skuad Piala Dunia England. Beliau bermain untuk Arsenal Ladies, kelab bolasepak wanita yg mempunyai hubungan dgn Arsenal FC, dimana tiada beza pon kedua-dua kelab ni kerana kedua-duanya bermain serupo ponde.




Seorang lagi ayam betina tambatan untuk pasukan England, Kelly Smith. Kelly menyarung jersi yg sama dengan Wayne Rooney. Kelly gemar mencium kasut bolanya selepas menjaringkan gol. Bagi beliau, kasut adalah seperti seorang suami, perlu kena dengan saiz yang tepat, baru lah boleh beraksi dengan cemerlang. Beliau bermain di Amerika Syarikat. Jangan main-main dengan dia ni, dapat Member Of The Order Of The British Empire ko tauu!!











Dua wanita diatas adalah pemain yg menjadi ancaman terhabt untuk pihak lawan. Bagaimana pula ancaman terhadap orang-orang jantan? Adakah pemain bolasepak England sama menggiurkan seperti WAGS England seperti Imogen Thomas, Victoria Beckham mahupon Coleen Roney? Jawapannya...

Tak ada. Kalau ikot web-web omputih pon, ada la sorang, nama dia Rachel Unitt. Aku tengok tak de la bergetah mana, lawa lagi Cesc Fabregas aku rasa.

Rachel Unit sedang berkemban
__________________________________________________

JAPAN

Japan atau dalam Bahasa Melayunya, Jepun merupakan wakil Asia paling power dalam senarai pasukan Asia di Piala Dunia Wanita Jerman ini. Mana tidaknya, mereka merupakan salah satu team pilihan utama selain USA, Jerman dan Brazil. Malahan, menduduki ranking ke-4 dunia membuktikan Jepun antara pencabar utama kejuaran meskipon sekadar mencapai peringkat Suku Akhir edisi 1995 sebagai pencapain terbaik Piala Dunia mereka.

Jepun dijangka menyandarkan harapan kepada 2 orang pemain handalan mereka, Yugi Nagasato dan Homaware Sawa. Mungkin kedua-dua nya mempunyai nama binatang (naga dan sawa), namun disebabkan aksi cemerlang mereka berdualah yg membantu Jepun mencatatkan kemenangan 2-1 menentang New Zealand. Naga merupakan penjaring gol pertama manakala Sawa adalah kapten pasukan jepun.

Biar rambut macam pontianak, janji hebat main bola.

Biar muka comot, janji hebat main bola.


Untuk pemain paling menawan, setelah digodam berkali-kali, akhirnya hanya Karina Maruyama layak menjadi ancaman besar terhadap lelaki. Namanya yg cukup klasik menambahkan lagi keunikan wajahnya. Walaupon tak secantik Maria Ozawa mahupon Sora Aoi, pekerjaan Karina ini lebih mulia dari 2 wanita yg disebut tadi. Lebih baik menendang bola dari menghisap bola. Tahniah Maruyama!











___________________________________

MEXICO

Pasukan lelaki mereka baru sahaja mengecapi kejayaan merangkul Gold Cup, kini harapan rakyat Mexico mahukan skuad wanita mereka mampu untuk mengikut jejak langkah Chicarito dan rakan-rakan. Namun, cabaran skuad wanita agak besar sekalipon berjaya mengejutkan England dengan mencatat keputusan seri. Mexico sekadar berada di-ranking 22 dunia, dan lebih menakutkan bagi jurulatih mereka, Mexico setakat ini cuma pelengkap pasukan sahaja, hanya layak pada tahun 1995, itu pon terkandas di peringkat kumpulan.

Pemain bintang dijangka menjadi milik Alina Garciamendez. Baru berumur 20 tahun, Alina berjaya mengenepikan pertahanan veteran dalam kesebelasan utama. Alina turut menjadi tunjang buat pasukan kelabnya, Stanford University. 

Untuk pemain paling ber-getah, Pamela Tajonar adalah jawapannya. Seorang penjaga gol, mempunyai kelulusan dalam bidang arkitek. Berhidung mancung, pipinya pulak tidaklah tersorong-sorong. Ketinggian beliau layak menjadikan beliau sebagai seorang model, jika tidak pon masih mampu mengalahkan ketinggian Chicharito.






Seorang lagi yg bisa mencairkan hati jejaka Mexico seperti Giovani Dos santos adalah Natalie Garcia. Natalie bermain untuk University of San Diego. Beliau bermain diposisi pertahanan. Hobi beliau adalah bermain bola tampar pantai. Cubalah bayangkan beliau bermain bola tampar pantai sambil memakai bikini, cuba la cuba la, aummm bukan? Beliau gemar mendengar lagu band Incubus. Bila ditanya siapakah lelaki yang mahu beliau ajak keluar pergi lunch, Natalie mengatakan hanya 2 orang yg layak menemani beliau. Pertama; Paul Walker. Kedua; Cesc Fabregas. Cissss.









________________________________________________________

NEW ZEALAND

Negara yg terkenal dengan sukan rugby ini juga turut menghantar wakil ke Piala Dunia Wanita. The Female Fern (pakis betina) pernah beraksi di dua edisi Piala Dunia sebelum ini, kedua-duanya di China (1991 dan 2007). Aksi mereka ketika itu hanyalah setakat peringkat kumpulan. Walaupon kini NewZealan tampil dengan skuad yg rata-ratanya lebih muda, pasukan diranking 24 dunia ni dilihat sekali lagi sekadar pelengkap kejohanan.

Pemain Harapan @ Bintang Utama:  Amber Hearn
 Amber Hearn. Ok silap-silap, ini Amber Heard yg berlakon Zombieland. Tak de kena mengena dengan bolasepak sebenarnya ni.


Haa, yg ni baru betul Amber Hearn. Nampak sikit dia punya muka, ada elemen Maouri disitu.


Pemain Paling Jelita:  Erin Nayler
Boleh la, ada iras-iras Britney Spears sikit-sikit. Dia ni ada seekor kucing bernama Timmy, seekor anjing bernama Twinkles dan seekor boyfriend bernama Jon.


Macam biasa, kumpulan C menyusul esok!

6 comments:

Tengku Firmino said...

first lagi..hehehe

dear anies said...

hebat jg team ne zealand ni

MuzEe said...

Dia ni ada seekor kucing bernama Timmy, seekor anjing bernama Twinkles dan seekor boyfriend bernama Jon


memang tak leh blah ayat ni, cilakak betei..kahkahkah

Azfar Ridhwan said...

takde ancaman pun kepada kaum laki. cuma Mexico's Natalie Garcia.. bola tampar bikini.. sambil berbikini... DEM!!

Aie Isa said...

Lebih baik menendang bola dari menghisap bola.

kah kah kah!

pali WPC said...

aku x rs ni mcm komentar tentang sukan. mc buliten lawak seantero pun ade. what ever pun artikel ni mmg best.....