Dont mess with Tottenham
Hebat  betul Tottenham Hotspurs ni, game first season 2011/12 belum start tapi  satu dunia dah heboh pasal Tottenham, gaya macam bakal menang EPL.  Begitu lah hebatnya Spurs.
Tak  payah la gua nak cerita lebih pasal riot kat sini, lu orang semua pon  dah tahu semuanya berpunca pasal polis tembak mati sorang niggaz ni.  Tapi itu semua versi media-media berhaluan kanan, lu orang tahu tak ada  macam mana rusuhan ni boleh bermula dari pandangan beberapa orang pakar  bolasepak eropah?
Ada 2 teori macam mana keganasan ini boleh bermula di Tottenham.
Pertama,  kita semua sudah maklum Spurs adalah pasukan yg kuat, hatta lebih kuat  dari Menyu, Menyiti, Cel-c, dan Lebepul. Asnel x payah cerita la, itu  standart Norwich je tu. Jadi, Spurs yg begitu kuat ini pastinya menjadi  igauan ngeri pasukan-pasukan lain. Senang cerita, memulakan aksi liga  dengan bertemu Spurs di White Hart Lane bukanlah satu perkara yg ideal  untuk sebarang pasukan. Itulah yg terjadi pada Everton, pasukan  kendalian David Moyes ini begitu gentar bertemu Spurs, lalu, Everton  telah melakukan perkara yg begitu jijik sekali iaitu mencetuskan  huru-hara di Tottenham agar perlawanan pembukaan di WHL ditangguhkan.  Dan mereka berjaya. Itu lah sebenarnya yg terjadi, rusuhan disini semuanya dimulakan oleh penyokong-penyokong Everton. Mereka datang dari Merseyside untuk membuat onar. 
Teori kedua; rusuhan dimulakan sendiri oleh penyokong Spurs atas bantahan terhadap penjualan perancang utama pasukan, Luca Modric ke Chelsea.  Teori ini sebenarnya tak berapa boleh pakai sangat sebab Spurs sudah  melalui banyak pengalaman menjual pemain bintang mereka ke pasukan lain,  misalannya Berbatov, Carrick ke Menyu atau Robbie Keane ke Lebpol. Jadi  teori yg mengatakan riot dibuat semata-mata untuk menghalang Modric  berpindah adalah tak berapa nak boleh terima sangat.
Makanya,  kita boleh simpulankan disini, teori pertama iaitu Spurs pasukan kuat  dan ditakuti seluruh pasukan yg lain adalah sangat munasabah dan boleh  diterima.
The next Shevchenko, Deco, Kezman and Torres (kalo betul dia pindah Chelsea)
Kembali  berkisar pada kes Modric, bagi gua, dia memamg pemain yg bagus. Ada  ciri-ciri seorang Messi, pantas dan bijak membawa bola. Sebab itu lah  banyak pasukan mahukan beliau. Dan bagi gua, kalo Modric ni nak blah,  jual je lah dia. Spurs dah boleh belajar masa jual Berba ke Menyu dulu,  macam mana si Berba merajuk macam bapok siam nak blah dari WHL sampai  prestasi Spurs begitu merosot waktu itu. 40 juta pound tu bagi gua dah  kira banyak, boleh beli player lain. Beli Safee Sali ke, dia tu power ko  tau tapi jangan beli Fakri Saarani la, dia tak power.
Dulu gua pernah cakap, Spurs kalo betul-betul nak jadi title  challanger, jangan ada polisi jual pemain bintang. Tapi gua tengok Harry  Redknap sebenarnya kurang ghairah untuk menjadikan Spurs pasukan  pencabar kejuaraan dan lebih fokus untuk melayakkan team ke UCL walaupon  dulu Redknapp dgn angkuh pernah berkata Spurs mampu jadi juara. Ini  semua silap Redknapp jugak, gagal layakkkan team ke UCL musim ni, terus  semua player nak lari. Nasib baik la gua dah tuit kat Bale,Van Der Vart  dgn Sandro suruh stay. Jenis mendengor kata jugak depa ni. Dekat Modric  gua tak sempat nak tuit, gua sibuk buat terawih.
Ya, ada  sedikit nada kecewa disitu, tapi tak pa lah, gua dah biasa kecewa  lagi-lagi lepas kes kecewa Malaysia kalah dgn Singapore. 
Dan  Chelsea juga turut menawarkan Yossi Benayoun sebagai pakej pembelian  Modric ni. Dengar kabor Redknapp bukan main minat dengan dia ni. Satu je  gua mintak kat mamat Israel ni, kalo kompem dia main untuk Spurs, baik  ko main sungguh-sungguh dan sepower mungkin, kalo tak memang gua buat  banner "YOSSI YAHUDI MABUK MINUM TODI". Ko ingat tu Yossi, ko ingat!
 Ko jangan mengada-ngada Yosi, belum main dah menangis macam Nani. Aku lempang jugak ko nanti.
Alang-alang  gua dah lama tak menulis ni, gua bagi sedikit prediction paling jujur  mengenai EPL musim ini. Bagi gua, pasukan pencabar kejuaraan hanyalah  terdiri daripada 4 team; MU,ManCity,Chelsea dan Liverpool. Prediction  gua sedikit berbeza dari Shebby Singh yg mengatakan Arsenal masih akan  tersenarai dalam Big4 dan Liverpool masih akan menghuni diluar kelompok  Big4.
Bekas  pemain kebangsaan. Salah seorang penyokong Spurs di Malaysia;  Sherbegeth Singh. Juga salah seorang pundit paling selalu merapu dalam  buat prediction.
Bagi gua  ManU walaupon sudah kehilangan beberapa tonggak, mereka masih pasukan  yg kuat dengan tenaga-tenaga muda. ManCity pula pasukannya solid dari  segenap posisi, tambah plak si Nasri nak pindah sini. Chelsea dengan  pengurus yg baru dan kuda tua mereka mungkin agak lembap sedikit tapi  masih mampu berpewatakan sebagai juara manakala Liverpool di bawah  kendalian Daglish adalah Liverpool yg baru dan mungkin tahun ini adalah  benar-benar tahun mereka.
Arsenal??  Pfftt, macam gua cakap tadi, ini team baya-baya Norwich dengan Swansea  je. Fabregas dgn Nasri blah, gua tak nampak ada karakter juara pada  pemain Arsenal. Cuma yg membezakan Arsenal ni dengan team-team bukan  Big4 ni adalah Robin Van Persie. Tak ada RVP ni, bai-bai la Arsenal.
Spurs?  Jujur gua cakap, dapat top5 musim ni pon dah kira bagus. Walaupon  begitu, gua masih tetap dengan pendirian Spurs adalah pasukan paling  ditakuti dan disegani di EPL, kalo tak masakan team opponent sanggup  hantar penyokong pergi merusuh semata-mata nak tangguhkan game ye dak?