Monday, December 19, 2011

Entry Dari Emel- Po-Leaks-Tic FA Penang


Football Association of Penang atau nama singkatannya (FAP) secara rasminya telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai pasukan yang bakal menyertai Liga Super (baca Liga FAM) tahun depan. Penyertaan mereka sememangnya ditunggu-tunggu kerana mereka bakal membawa kualiti yang tinggi ke dalam liga sekaligus meningkatkan professionalisme keseluruhan dalam liga M. Nama FAP yang tidak asing lagi utk remaja-remaja lelaki pasca 2000 (fapfapfap), walaubagaimanapun telah diubah kepada FAP- Aucms (main bedal) atau lebih dikenali sebagai Penang-Aucms. Punyalah payah nak sebut nama team, untuk pengetahuan Aucms bererti Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).

Ye tuan-tuan puan-puan, sebuah kolej swasta yang dirasakan investment dia takdelah sebesar company-company gergasi di Penang seperti Dell dan lain-lain kini akan menguruskan sebuah pasukan bola sepak dengan nilai tajaan RM 3 juta untuk tempoh 2 tahun. Dengar cerita juga, pihak kolej ini jugalah yang akan menguruskan pasukan ini termasuklah dari segi khidmat pakar sains dan kewangan. Senang sikit nak bagi budak-budak kolej dia buat internship agaknya.

Ternyata untuk sebuah pasukan Piala FAM, jumlah RM 1.5 juta tu boleh dikategorikan sebagai nilai bajet yang besar. Tetapi untuk status pasukan yang digelar the Panthers ini dari segi nilai estetika sejarahnya, ini semua adalah satu peristiwa yang menyedihkan. Kalau gua tak silap dulu (ni kes ingat-ingat lupa) legend Penang, Merzagua Abderrazak pernah menolak kontrak RM 2.5 juta dari Brunei semata-mata nak stay main kat Penang. Setakat tajaan RM 3 juta 2 tahun tu takda apa pun untuk Penang FA sebenarnya.

Ini juga bermaksud, bermulalah satu kisah hitam sebuah pasukan yang kalau dulu-dulu standard dia standard Real Pahang, pencabar utama dalam liga M orang kata. Baik dari zaman legend Stadium Bandaraya lepastu sekarang berebut-rebut padang sebab tak dapat approval dari kerajaan negeri katanya untuk main kat Stadium Bandaraya. Masalah duit tak payah cakaplah, asyik-asyik dok bergaduh dalam buletin utama tak dapat sokongan kerajaan negeri katanya. Izinkan aku bertanya, memang wajib ke team bolasepak ditaja oleh kerajaan negeri?

Namanya professional tapi tak habis-habis mengemis duit kerajaan untuk taja pasukan. Duit kerajaan tu seharusnya disalurkan kepada apa yang patut untuk pembangunan negeri, bukan taja pasukan bola. Kes ni bangang dia samalah macam kerajaan negeri beriya-iya taja duit tiket final Piala Malaysia. Kalau ikut landskap macamni, aku rasa mahu Kerajaan Negeri of Manchester terpaksa mengemis duit dari Manchester City yang kaya nak mampos tu. Lebih mengerikan dan memalukan, statement dari seorang wakil dalaman FAP dengan bangganya menyalahkan kerajaan negeri untuk kesekelian kalinya di atas masalah ini. Antara bait-bait kata beliau di dalam sebuah akhbar perdana:

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kecewa dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi sokongan terhadap pembangunan pasukan bola sepak negeri itu.

Setiausaha Kehormat FAP, Datuk Mohd. Ridzwan Bakar berkata, dalam keadaan sekarang sepatutnya FAP dibantu dalam meningkatkan mutu bola sepak Pulau Pinang terutama menyelesaikan bebanan hutang. Namun, jelasnya, sebaliknya yang berlaku ketika ini FAP terus dipinggirkan apabila tidak mendapat peruntukkan malahan tidak dibenarkan menggunakan Stadium Bandar Raya di sini oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akibat gagal menjelaskan hutang lapuk.


Persoalan 1: Perlu ke nak politikkan isu ini?

Persoalan 2: Kalau ikut logik akal, aku pun tak akan benarkan budak sekolah main kat CyberCafe aku kalau dorang tak bayar duit main Dota 2 selama 3 jam minggu lepas. Bangang ke apa ni sebenarnya? Lu tak bayar tapi lu salahkan orang lain ? Hadoi ni betul-betul tolol. Berhenti-berhentilah sibuk main politik wahai Ahli JKKK BolaSepak Penang woi.

Lu orang claim jangan politikkan bolasepak Penang tapi lu orang duk sibuk jaja cerita. Pergilah luar sana, cari bakat, cari duit, cara dana, untuk majukan pasukan. Kesianlah sikit kat fans Penang. Tak merasa macam fans Selangor atau fans Nogori yang ada hiburan cuci mata di stadium setiap malam minggu. Takkanlah asyik nak kena lepak kat Komtar je baru dapat usha anak mami.

Dalam pada itu, sebuah lagi bekas pasukan legend, Kuala Lumpur mengambil langkah yang berbeza dalam hal ini, agak-agaknya dorang ni berani tak nak salahkan kerajaan negeri disebabkan tak ada fund? Berani tak dorang jaja cerita “kerajaan negeri bantulah kami, jangan politikkan bola sepak” kat dada akhbar atau slot sukan di televisyen?

Tetapi dalam kesian-kesian mereka ni, Persatuan ni tak sebangang persatuan di atas tu. Antara kempen untuk menyelamatkan pasukan ini untuk beraksi di Liga Super bukan Liga FAM adalah kutipan derma yang akan diadakan pada 17 Dec di Stadium KLFA. Kalau korang nak derma RM 1 ke, RM 10 ke, RM 100 ke atau RM 100k sekalipun bolehlah hadirkan diri. Ye bunyi dia sedih, dan untuk pengetahuan demi untuk bertahan dalam kancah bolasepak tertinggi (bukan Liga FAM), KLFA terpaksa melepaskan kesemua first 11 terbaik mereka yang kebanyakkannya diasuh oleh mereka sendiri termasuk pemenang pingat emas Sukan Sea lepas, Yong Kuong Yong.

Moral of the story, tak kira lah team tu kerajaan negeri dia BN ke PR ke pasukan bolasepak dalam negara tolonglah jadi professional. Carilah duit dan tajaan sendiri. Kalau BN perintah pun korang still akan cakap “tak cukup, tak cukup” sampai bila? Cerita ni dah di-recycle sejak aku tadika sampai sekarang .Bangang yang amat.

Antara dua gergasi bolasepak tanah air ketika ni iaitu Selangor dan Kelantan, satu team katanya tak mendapat tajaan kerajaan negeri (apa ada hal? main AFC Cup lagi, bukan Liga FAM) satu lagi dapat Persatuan Terbaik 2011 dengan tajaan baikpunyeew oleh anak syarikat kerajaan negeri kalau tak salah. MERAH KUNING LAMBANG KEBANGGAAN hihi. Persamaan, dua-dua pasukan ni tak sebangang pasukan pertama tu walaupun bukan diperintah oleh ...

Semoga berjaya untuk Panthers musim 2012 nanti. Dengar cerita beberapa pemain otai akan menyertai Penang seperti Durahim Jamaludin (ex Capt Pahang), Hasmawi Hassan dan lain-lain.

Haria Penang Haria!

Sekian, gua sebenarnya bukan fans Penang atau Pakatan Rakyat.



(Tulisan dari salah seorang pembaca SokerLeaks, Bream)

8 comments:

dear anies said...

ish ish ish

Kenji Dimes said...

ringkas dan mendalam dia tembak.

spot on

Faiz said...

komtar mana ada anak mami, bangla ramai la

kueh bakar said...

rindu pule nak tgk abg burung..ada lagi ker tak brother tu..

ahaks

mirul said...

perkara yang brader ni cakap dalam entri die mni memang betul.

sebab kenapa bolasepak malaysia tak maju maju adalah kerana campur tangan politik.

Cob Nobbler said...

fap fap fap!

Mey said...

weyhh...mane pg fanpage sokerleaks..xsyok la..twitter aku tade

natural said...

aku org penang.. aku sokong penang dl.. dan entry ni plg aku suka.. xkira la mna2 negri pon sama ja.. dok tgu kerajaan suap...