Tuesday, December 27, 2011

Sekitar EPL Di Hari Tinju (Boxing Day)




Hai hai, abam Daniel kembali untuk mengupdate blog bolasepak berpuaka ini. Maaflah kerana jarang update sekarang, kebanyakan pengulas kami sedang sibuk nak mampus ketika ini. Ada yang tengah bergelut dengan FYP, ada yang tengah bergelut dengan assignment dan nak menghadapi peperiksaan akhir semester, ada yang sibuk berkapitalis dan tidak lupa, ada juga yang sibuk menjadi kutu profesional. Tapi, jangan risau kerana facebook dan twitter kami sentiasa dikemaskini oleh abam Mofasad yang agak rajin dan masih tidak insaf walaupun sudah sampai tahap kena masuk hospital akibat demam denggi. Cuma, agak bias sikit la update tu tapinya.


Seperti kebiasaan, di English Premier League, akan ada perlawanan yang dilangsungkan pada Boxing Day, iaitu sehari selepas Hari Krismas. Pada semalam, 7 perlawanan berlangsung. Daripada 7 perlawanan tersebut, 4 perlawanan berakhir dengan keputusan seri. Sesuatu yang tak patut berlaku di musim perayaan ketika ini. Mungkin bagi mengelakkan kesedihan pasukan lawan agaknya.


Seri yang paling sukar diterima ialah apabila kesemua gol dalam perlawanan dijaringkan oleh satu pasukan sahaja. Tapi, bila mendengar nama pasukan itu ialah Liverpool, kita semua mungkin sudah boleh menduga tidak banyak yang boleh diharapkan dari pasukan bersejarah ini. Kepulangan kembali Steven Gerrard selepas kecederaan tidak banyak membantu, melainkan memberi semangat tambahan kepada Charlie Adams untuk menjaringkan gol pembukaan (baca sebagai gol sendiri). Mujur Maxi Rodriguez menyelamatkan maruah dan air muka Kenny Dalglish apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 1-1.









"Saya pindah dari Blackpool sebab nak score gol sendiri! Yeayyyyyy!!!"



Chelsea. Ya, apa yang abam Daniel boleh katakan, Andre-Villas Boas mungkin sudah boleh menghantar resume ke kelab-kelab lain. Seri tiga kali berturut-turut, peluang mengejar kejuaraan liga yang makin tipis serta nasib di Champions League yang masih belum diketahui pasti mendatangkan keresahan buat Roman Abramovich. Dengan kuda-kuda tua Chelsea yang makin jelas dan nyata lembabnya, ditambah dengan kesukaran brader jambu 50 juta Fernando Torres mencari gawang gol, apa lagi yang boleh diharapkan dari The Blues untuk musim ini. Dan seri 1-1 dengan Fulham di Boxing Day sekadar menjarakkan lagi kedudukan Chelsea dengan pendahulu liga, Manchester City. Trophyless? Maybe. AVB jobless? Maybe, too.






Sedang memikirkan ke mana hendak menghantar resume selepas ini.



Manchester City juga nampak gayanya tidak lah boleh diharapkan sangat. Mujur penyokong dia di Malaysia ni tak berapa ramai. Jadi, nak membahan pun abam tak berapa nak berselera sangat. Jadi, kita teruskan dengan jiran Manchester mereka yang masih power dulu, kini dan selamanya.





Asal main score banyak, asal main score banyak, boringnya.



Ya, Manchester United. Tidak terlalu mengikuti fenomena melayan "kuih seri muka" kelab-kelab lain, dengan tenang dan angkuhnya Manchester United mengajar Chelsea dan Liverpool cara-cara membelasah Wigan dengan mudah. 5-0. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, 5-0 di Boxing Day. Sir Alex Ferguson telah menunjukkan kenapa beliau jarang menurunkan Dimitar Berbatov di dalam kesebelasan utama. Kerana beliau akan terlalu sukar dikawal untuk menjaringkan terlampau banyak gol. Ya, terlampau banyak gol maksud saya.






Gambar lebih kurang begini juga hujung musim nanti. Jangan risau adik-adik semua.






Sementara itu, tiga perlawanan lagi berlangsung malam ini. Kelab-kelab yang terlibat ialah kelab ayam London, kelab sayur London dan juga kelab Uncle Tony Fernandes. Abam Daniel menasihatkan adik-adik semua supaya tidak membazirkan masa menonton ketiga-tiga perlawanan ini. Baik pergi tengok Tentang Dhia atau Vanilla Coklat. hik hik hik.

7 comments:

MOFASAD said...

pantek daniel!

mr.dulcet said...

glory-glory manchester united!

joey firdaus said...

kahkahkahkahkahakah.

dear anies said...

pic utk sedap kn ati

Hana Ahmad said...

hahaha lawak la korg

old_trafford said...
This comment has been removed by the author.
old_trafford said...

adakah Berbatov akan menjadi top scorer lagi musim ini??