Wednesday, December 5, 2012

Nak kejar Piala Liga Super punya pasal.

Dalam kesibukan pemain menjalani persiapan untuk menghadapi Thailand untuk perlawanan separuh akhir dan penyokong cuba merancakkan suasana bagi perlawanan tersebut, pasukan dalam Liga Super sibuk mengendalikan urusniaga beli pemain. Pemain import dan pemain tempatan menjadi buruan bagi menghadapi Liga Malaysia 2013. Itu perkara biasa dalam bola sepak.

Tapi, malam tadi satu urusniaga paling hangat telah dijalankan. Berita perpindahan Safee Sali menjadi bualan semua peminat. Apa yang menjadi topik penting adalah kewajaran urusniaga itu dijalankan ketika semua pemain tengah busy berlatih untuk bertemu Thailand Ahad ni.Banyak berita tak best sebenarnya transfer ni, tapi paling orang marah sebab pasukan yang beli Safee ni macam tak sabar sampai sanggup pergi ke Wisma FAM dan kacau time pemain nak rehat semata-mata untuk sign Safee. Ada yang kata benda ni dilakukan sebab kejar deadline 6 Disember yang ditetapkan FAM, tapi ramai juga yang tak tau yang peraturan tu dilonggarkan untuk pemain yang berkhidmat untuk pasukan kebangsaan. Kalau ada yang kata sebab liga start Januari pun tak logik sebab Safee bukan boleh terus main pun sekarang, kena tunggu habis Piala AFF jugak.

Kita tak perlukan gangguan sebegini di saat kita bakal bertemu pasukan yang kuat seperti Thailand. Pemain perlu fokus untuk game ni. Ada juga yang menggunakan alasan benda sebegini sering berlaku di Eropah. Itu aku tak dapat nafikan, memang biasa time World Cup atau Euro benda ni berlaku, tetapi ia dijalankan dengan senyap dan tanpa liputan media yang meluas. Bahkan, biasanya pasukan akan berurusan dengan ejen. Agak pelik dalam hal perpindahan Safee ni kerana kedua-dua pasukan seakan-akan mengabaikan ejen Safee dan terus ke pemain. Kalau di Europe, tak pernah rasanya dengan Presiden kelab turun ke tempat latihan pemain untuk jumpa dan lamar dia masuk.

Aku lihat benda ni dijalankan dengan tidak professional. Itu pendapat aku. Pasukan terlampau nak kejar piala tahun depan sampai tak respect pasukan kebangsaan yang tengah fight untuk naikkan nama negara. Kalau pasukan tu dari luar negara, mungkin okay sebab dia bukan pasukan dalam Malaysia, tapi ini pasukan yang bermain dalam liga Malaysia. Tak kiralah siapa pun, harap respect pasukan kebangsaan. Tolong jangan ada gangguan sebegini lagi. Sebelum ni Mat Yo, lepas tu Khairul Fahmi, sekarang Safee pula. Benda sebegini akan membuatkan pemain hilang fokus dan seterusnya kacau pasukan kebangsaan. Kepada semua team yang nak sign player dalam pasukan kebangsaan, tunggulah lepas habis Piala AFF!

4 comments:

Lady Caca said...

takpe.. dia kan anak zoltan.. boleh buat apa saje.. takde sape nak larang..

su suraya said...

taw takpe, abis semua pemain yang ada nama nak sapu. obviously tak kisah pun tapi macam tak menyempat. tunggu la abis aff cup dulu kok iye pun.

and kalau tak menang jugak piala taun depan, tataw la nak kata apa. dengar cerita sampai dah tuka nama team tu. darul takzim fc ke apa tah..hell yeah. tengok lah taun depan power tak power team neh..

Unknown said...

waaaaaa, gadis gadis yang show lebih sekarang nie.. terase hilang kelakian sebentar wkwkwkw

Unknown said...

betui pendapat admin... sejak sblm AFF lg aku dah stat heran kenapa apek bleh umumkan bila dia nak kawin..mmg tak penah dibuat pemain antarabangsa.. kecuali pemain vietnam yg dpt cuti kawin masa team depa masuk semi AFF 2010 pastu team dia kalah.. hahaha

Satu lagi aku nak minta jasa baik admin cari info pasai team NS Betaria yg menang liga FAM 2012 tp tak dibenarkan ke Liga Premier 2013 oleh FAM tanpa sebab.. ini kekejaman FAM menafikan hak pasukan yg layak..kalau ada info pls buat satu posting...tq