Monday, December 31, 2012
PFSLJ
Minggu lepas satu sidang media dah diadakan mengenai kempen untuk meminta Presiden FAM letak jawatan. Benda ni sebenarnya dah lama, bukan lepas kalah AFF Suzuki Cup baru nak buat. Masa bulan April hari tu pada ada berlangsung demo tapi masa tu ramai kata demo ni berlangsung sebab ada kaitan dengan kes Tan Sri Annuar Musa yang dikenakan tindakan. Ingat lagi tak kes tu? Tapi sebenarnya ada agenda yang lebih penting. Pencinta Bola sepak mahukan Presiden FAM letak jawatan.FAM ni antara badan sukan yang paling kebal di Malaysia. Sebab diorang satu-satunya persatuan sukan yang tak boleh ditegur langsung, especially oleh orang dalam persatuan sendiri. Siapa tegur, siapla kena ban. Dulu Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pernah kena ban dua kali. B. Sathianathan pernah kena ban. Siapa bersuara, confirm kena ban walaupun sekadar meluahkan pendapat. Bukan ke kritikan tu kadang-kadang perlu untuk meningkatkan kualiti? Even dalam sistem politik pun ada kerajaan dan pembangkang. Pembangkang adalah untuk check and balance. Tak semua benda perfect. So, apa yang menyebabkan FAM ni tak boleh nak ditegur langsung?
Ada jugak yang kata, perbuatan suruh Presiden FAM letak jawatan tu dikira derhaka kepada Sultan. Well, let me tell you this, apa yang aku dan ramai lagi orang yang sayangkan bola sepak Malaysia suruh dia letak jawatan sebagai Presiden FAM, bukan suruh letak jawatan sebagai Sultan Pahang. Ia lebih kurang sama, macam suruh mana-mana pengerusi persatuan sukan yang lain letak jawatan. Adakah kerana Presiden FAM adalah Sultan, that we should see him as a King too? No, in FAM, he's the President, not a King, so people have the right to ask him to step down as the FAM President.
Kenapa suruh Presiden letak jawatan? Simple, if Presiden letak jawatan, then we can start fresh. Orang bawah dah berapa kali tukar, yang atas je tak tukar-tukar. Selama ni kalau pasukan negara teruk, biasanya kita akan blame player dan coach. Well, if coach tak banyak pool of players, how can he choose the best? Kenapa tak cukup player? Sebab grassroot development takde. Dari dulu FAM kata ada grassroot development, tapi apa jadi? sistem liga pun berterabur, setiap tahun tukar. Presiden je tak tukar2.
Liga berapa kali rombak. Dari semi-pro, ke pro dan sekarang Liga Super. Masa liga Super pun berapa kali rombak format. Ada suara kata banyak benefit yang pasukan dapat sepanjang Presiden FAM pegang tampuk FAM. Cuba bagitau, apa benefit dia? Ranking makin jahanam. Layak ke Piala Asia? Itu pun sebab kita tuan rumah. Oh ya, lupa. Ranking tidak penting. Sampai bila nak aim Piala AFF dengan Sukan SEA je? dah 28 tahun. Semua pekerja ada KPI kan? Coach ada KPI, player ada KPI, Setiausaha Agung ada KPI. Kalau tak capai KPI, kena buang. Masalahnya yang bawah dah banyak kali tukar, tapi result tetap sama.
Ada jugak yang kata, kalau FAM kena rombak, bola sepak Malaysia akan jahanam. Itu persepsi yang salah. Kalau tak cuba, mana kita nak tau kan? Gantikan dengan orang yang cintakan bola sepak. Tak perlu bekas pemain pun takpe, asalkan Presiden itu sayangkan bola sepak Malaysia. Kami dah letih. 28 tahun dah Presiden pegang. Makin teruk bola Malaysia. Maka dengan itu, kami mohon, Presiden FAM, sila letak jawatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
klo tak mahu letak jawatan bagi jer dia pegang jawatan tuh sampai tahun 3030.pinda perlembagaan FAM supaya Presiden kekal sampai tahun 3030.
FAM = umno
hahaha
Disebabkan beliau Sultan...
nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
Post a Comment