Tuesday, June 14, 2011

Laporan Final Piala FA 2011 (Versi Kami Yang Pergi Ke Stadium)




Terengganu Nelang!





Tarikh- 11 Jun 2011.

Masa- 2 petang sampai lewat malam membawa ke awal pagi.

Lokasi- Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pengulas yang ke stadium- Mofasad, Siggplus, Berd dan Deus X Machina.



Kredit gambar- Kamera mahal Mofasad dan kamera mahal Wawan Faiz TRW.


Salam bola dari abam Daniel untuk semua pembaca dan pengikut setia SokerLeaks yang disayangi. Final Piala FA 2011 dah pun berlalu, juara pun kita dah tahu, siapa yang gol pun kita dah tahu, pendek kata semua pasal perlawanan Sabtu lepas kita sudah tahu. Tapi, final Piala FA dari perspektif SokerLeaks anda masih lagi belum tahu. Ya, belum tahu.

Jadi, terimalah laporan dari empat orang pengulas puaka yang ke stadium menyaksikan perlawanan tersebut. Hanya Berd sahaja yang ada kaitan dengan final tersebut (beliau penyokong Kelantan). Lagi 3 puaka tu? 2 orang Selangor dan lagi seorang tu Perak (berubah sekejap menjadi Terengganu demi makwe). Jom ayuh!

Sebelum perlawanan ( petang hingga ke 8.30 malam)

- Penyokong kedua-dua pasukan sudah mula tiba seawal pagi lagi. Dan mula menjadi semakin ramai menjelang tengah hari dan petang. Semangat macam ini yang kita mahukan!

- Tiket sudah habis pun sebenarnya masa ini, tapi ulat tiket masih berkeliaran mencari mereka yang ingin menonton final tapi tiada tiket. Harga tiket melonjak naik hingga ke RM100 khabarnya.


Konsert sepam sebelum bola.



- Rasanya apa yang akan anda baca selepas ini mungkin pertama kali dalam sejarah final bolasepak di Malaysia. Ultras Kelantan- The Red Mania menganjurkan mini konsert bersempena pelancaran album Ultras Kelantan The Red Mania. Dahsyat sungguh siap buat album, ada band Secret Type berkobalorasi bersama mereka dalam album tersebut. Satu usaha yang harus dipuji.

- Pukul 3 petang, penyokong sudah mula masuk ke dalam stadium. Mana yang pasang banner, mula pasang banner, mana yang setting gendang setting drum mulalah setting apa yang patut, mana yang setting nak lempar mercun mula cari tempat paling clear dan paling senang nak baling, mana yang nak suluh laser pun mula cari angle mana sedap nak suluh laser, kah kah.

- Sekitar 5 petang, dianggarkan lebih 70 peratus stadium sudah dibanjiri penyokong kedua-dua pasukan. Hanya warna merah, hitam dan putih sahaja kelihatan di dalam stadium. Atmosfera yang sangat menakjubkan! EPL pun tak macam ni rasanya, kah kah.

- Menjelang maghrib, boleh dikatakan stadium sudah penuh! Mana yang lambat masuk, terpaksalah berdiri sahaja. Kemeriahan mula dirasakan ketika ini. Penyokong kedua pasukan mula berlawan-lawan sorakan. Kelantan dengan gomo mereka, Terengganu dengan peteh mereka. Semua mula tidak sabar menantikan sepak mula perlawanan.

- Ini pun rasanya pertama kali dalam sejarah, azan maghrib dilaungkan di dalam stadium. 85,000 penonton yang bising bagai nak rak sebelum itu terus terdiam semasa azan dilaungkan. Satu pembaharuan yang bagus dalam usaha mengingatkan penonton tentang kewajipan kepada agama tak kira walau sedang menonton bola. Tapi 5 saat lepas azan, semua terus bising balik. Astaga....

- Politik dan bola Malaysia memang payah nak dipisahkan. Buktinya? Bendera PAS besar ada kat dua-dua belah, bendera BN pun ada kat dua-dua belah. Gambar Nik Aziz pun penyokong Kelantan bawa, penyokong Terengganu pun ada yang bawa gambar Ahmad Said. Adeh......

- Bila kamera fokus pada wajah Yang Dipertuan Agong, seluruh penyokong Terengganu bersorak. Bila kamera fokus pada wajah Sultan Kelantan, seluruh penyokong Kelantan bersorak. Tapi bila kamera fokus pada wajah Nik Aziz, penyokong kedua-dua belah sama-sama bersorak dan melaungkan takbir. Dah nampak dah hala tuju masa pilihanraya nanti, kah kah. Cilakak terpolitik kejap....

Semasa perlawanan (8.45 malam - 11.30 malam)















- Duduk belah atas dengan berpandukan pada skrin gergasi saja memang menyukarkan usaha untuk menganalisis perlawanan tersebut. Tapi apa pun, tetap juga mencuba untuk menonton perlawanan sambil memerhati apa yang sesuai untuk ditulis dan dikongsi dengan anda semua.

- Kalau dilihat pada separuh masa pertama, boleh dikatakan agak seimbang. Dua-dua sama mengasak, Kelantan macam biasa diketuai Norshahrul Idlan Talaha, Azwan Roya, S. Chanturu manakala Terengganu dengan gerakan-gerakan diketuai Manaf Mamat, Hadi Yahya dan Joseph Kallang Tee.

- Kedua-dua penjaga gol juga menampilkan aksi cemerlang. Manakan tidaknya, kedua-dua adalah penjaga gol kebangsaan. Khairul Fahmi Che Mat dan Sharbini Allawee membuktikan mereka memang layak untuk berada dalam pasukan kebangsaan ketika ini. Banyak percubaan berbahaya berjaya dinafikan mereka.

- Gol pertama hanya hadir pada minit ke 79. Gol yang sangat cantik dari Nurul Azwan Roya. Dengan lariannya walau dihimpit pertahanan Terengganu, beliau berjaya menyepak melepasi jangkauan Sharbinee untuk gol pendahuluan buat The Red Warriors. 1-0 pada masa ini.

- Penyokong Kelantan mula bersorak kegembiraan. Penantian lama menunggu Piala FA sampai ke Kota Bharu disangka bakal berakhir malam itu. Gomo Kelate Gomo berterusan kedengaran. Sek-sek Ultras macam biasa terus chant tanpa henti.

- Penyokong Terengganu mula down, ada yang mula mengeluh. Menjelang 5 minit terakhir, ada yang mula beransur meninggalkan stadium. Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka. Kekalahan 3-0 dalam saingan Liga Super beberapa hari sebelum itu dijangka akan berulang lagi.

- Masa sebenar tamat, 4 minit masa tambahan diberikan. Penyokong Kelantan mula bergembira sakan. Penyokong Terengganu hampir berputus asa, namun masih terus mengharap. Jentera tengah Terengganu terus mengatur serangan mengasak ke kubu Kelantan. Khairul Fahmi masih utuh dan kebal di gawang.

- Bolasepak belum berakhir selagi pengadil tidak meniupkan wisel. Prinsip itulah yang mungkin dipegang anak-anak buah Irfan Bakti. Drama kecederaan minit-minit akhir dan lontaran mercun ke trek oleh para penyokong yang bermentaliti rendah memaksa masa tambahan dilanjutkan lagi. Tatkala M. Karathu dan staff kejurulatihan mula bersiap sedia untuk meraikan kejuaraan Piala FA pertama, mereka tidak menjangka yang mereka akan berhadapan dengan mimpi ngeri dalam karier bolasepak mereka.

- Terengganu melancarkan serangan terakhir. Manaf Mamat merembat ke arah Khairul Fahmi, tunang JejariRuncing berjaya menampan, namun terlepas ke belakang. Dua pemain Terengganu menunggu di belakang, dan Daudsu Jamaludin cuba menjadi hero dengan berlari laju dan cuba menanduk bola keluar dari kawasan Kelantan. Namun, kelajuan jelas membunuh. Daudsu tertanduk bola ke gawang sendiri, dan bermulalah babak kebangkitan penuh dramatik buat Terengganu. 1-1.

- Penyokong Terengganu yang sudah keluar terus berlari masuk kembali ke dalam stadium selepas mengetahui Terengganu berjaya mendapatkan gol penyamaan. Terengganu kembali bersemangat, penyokong bersorak tanpa henti. Kelantan jelas tertekan, impian kejuaraan mereka direntap dalam sekelip mata. Lebih memilukan, ia adalah gol sendiri pemain pertahanan di saat-saat terakhir.

- Masa tambahan 30 minit bermula, 60 ribu penyokong Kelantan terdiam. Penyokong Terengganu terus bersorak tanpa henti memberi semangat. Terengganu menguasai masa tambahan dengan melancarkan serangan ke arah kubu Kelantan. Khairul Fahmi seperti biasa berjaya menyelamatkan gawang dari dibolosi. Tapi, itu cerita untuk separuh masa pertama masa tambahan.

- Separuh masa kedua masa tambahan. Terengganu terus mengasak. Mereka kelihatan seperti tidak sanggup menunggu lama hingga ke penentuan sepakan penalti. Minit 110, mereka memperolehi sepakan penjuru. Ashaari Shamsuddin mengambil sepakan penjuru, dan akhirnya sampai ke pemain gantian, Ahmad Nordin Alias. Beliau merembat deras ke arah gol Kelantan dan akhirnya, Khairul Fahmi tertewas buat kali kedua! 2-1!

- Kelantan bertambah tertekan, mental mula goyah. Penyokong terus terdiam, sedikit demi sedikit ada yang mula beransur meninggalkan stadium. Dan kawasan penyokong terus lengang apabila wisel penamat ditiupkan. Hanya tinggal Ultras Kelantan sahaja yang masih setia di kawasan mereka. Salute untuk Ultras Kelantan, mereka membuktikan yang mereka adalah penyokong sebenar!








Masih steady sampai habis.





- Terengganu berpesta sakan, kejuaraan Piala FA kali kedua dalam sejarah menjadi milik mereka. Siapa sangka, dari hampir tewas, mereka melakukan kebangkitan yang sungguh luar biasa. Mereka membuktikan, jangan berputus asa selagi wisel penamat belum ditiupkan. Penyokong bersorak kegembiraan, Peteh Ganu Peteh dan Terengganu Nelang bergema di Stadium Nasional.


Selepas Perlawanan

- Piala saiz gedabak menjadi milik Terengganu, dan seluruh rakyat Terengganu mendapat cuti pada keesokan harinya.

- Berd yang dihubungi Mofasad sejurus tamat perlawanan telah berada di Ampang, nampak sangat terus keluar lepas 2-1, kah kah kah.

- Mujur tiada kejadian pergaduhan dilaporkan di luar stadium, terima kasih kepada pihak polis yang mengawal keadaan di stadium.

- Penyokong Kelantan kecewa, namun tetap beruntung kerana turut mendapat cuti yang diberikan oleh kerajaan negeri bagi memudahkan perjalanan balik mereka.

- Pulang ke rumah, facebook penuh dengan page-page yang baru dibuat yang berkaitan dengan Daudsu Jamaludin. Tak percaya, rujuk entri Berto sebelum ini di sini.

- Sesuatu yang boleh dipelajari dari kedua-dua pasukan, contohilah betapa konsistennya penyokong kedua-dua pasukan memenuhi stadium mereka setiap kali perlawanan liga. Dari perlawanan liga, mereka berjaya memberi semangat kepada pasukan mereka untuk beraksi cemerlang dan akhirnya berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA.

-FAM paling "kenyang" pada malam tersebut. Kiralah sendiri, 85,000 X RM30. Tengoklah perut siapa yang membesar lepas ini.

- Ada berita sebuah stesen tv tiga suku menunjukkan imej membakar flare dengan menyatakan itu adalah unsur-unsur buruk dalam bolasepak Malaysia. Jenis malas mengkaji beza flare dengan mercun ni memang dah tak boleh nak tolong sebenarnya. Biasalah, buletin bangang.

- Kesimpulannya, bolasepak Malaysia terbukti masih bernyawa, masih hidup, masih meriah dan akan lebih meriah dan menarik jika Presiden FAM meletak jawatan!!!!

- Sekian dari kami, yang pergi stadium. hiks.

18 comments:

dear anies said...

teramat2 suka dgn STATEMENT YG PALING LAST tu!

Yang best tentang Julai 2011

siggplus said...

k

SEPHIA said...

85000 atas kertas..hakikatnya tiket >85000..kenyang derr~

Patenggg said...

sy suke entry nieh!

kareem said...

TRW tu ape?

WaiRai- said...

oit, ahad tuh tak cuti, Mat Said gi anjak minggu depan..lahanard tul

Berto said...

KL x menang Piala FA pon dah mmg cuti ahad ni. Power x KL?

Tengku Firmino said...

kelantan belum menang dah bg cuti..terengganu menang sukan sea dengan piala FA br bg cuti..siap anjak lagi..tp berto..pasal KL cuti hari ahad tuh..mmg KL power..haha..sebab tuh diaorg tak nak mng..kalau menang membawak ke isnin lak..hahaha

WaiRai- said...

KL cuti ahad atau tak, KL nye team bukan klasemen pon hahahahah

pawangBuaya said...
This comment has been removed by the author.
pawangBuaya said...

aku ade di waktu kejadian.. aku penyokong terengganu.. bapak kecewa mase beberapa saat sebelum wisel penamat.. tapi non stop sorak 30 minit masa tambahan.. bapak ah..! hepi giler!

fizi said...

Namun, kelajuan jelas membunuh.....terbaek ayat ni...hahaha

Cob Nobbler said...

tu klate bawak bendera Guevara tu - tak sedar ke bawak gambar komunis?nik ajis tak marah ke kahkahkah!

WaiRai- said...

Che Guevara nampak cam berjanggut , sbb tuh pakai kot.

pakalolo9 said...

kenapa penulis tidak bagitau bahawa penyokong Kelantan lebih ramai dari penyokong Terengganu pada masa itu?
Jika dilihat mmg bnyk bezanya..xsampai separuh pun Terengganu datang...
Sy sbgai penyokong Kelantan menerima kekalahan kelantan...mmg kami tidak bernasib baik...
tidak berhati-hati mengundang padah bila d counter attack oleh terengganu d saat2 akhir..
bg ku, aku xpenah salahkan daudsu, dia sudah berusaha..jika daudsu melepaskan bola tu pon, masih ada pemain terengganu d sbelah sana...
klau aku mahu persalahkan pon, aku salahkan yg membakar bunga api yg memasuki padang tu...
so, terima je kekalahan tu dengan redha..mmg belum tiba masanya kami tuk menjulang piala FA....

pakalolo9 said...
This comment has been removed by the author.
kertasgraf said...

@Tengku Sidek - sukan sea mana datang plak ni. SUKMA la woi.. =.="

double SUKMA dengan Piala FA....
SUKMA 4kali berturut..
skuad Piala FA MB bawak pegi London.

patut MadSaid ni contohi Tok Guru Nik Aziz. bawak skuad pergi umrah.. ye dak? hahahah

Jimmy Stracqualursi said...

peh biar betul ade flag che? ke dioran tepek gamba orang lain tapi buat style che