Wednesday, April 6, 2011

Spurs Bukanlah Tandingan Sebenar

4-0
"Kalaulah parang pendek secoet janganlah gergasi hendak diamuk!"

Pepatah di atas amat sesuai ditujukan tepat ke batang hidung kelab baru bertatih, Tottenham Hotspurs. Mana taknya, baru berjinak-jinak bersepakterajang dalam Champions League dah nak menyergah gergasi. Itu kerja gila namanya.

Jika nak dibandingkan Spurs dengan Sporting Gijon yang berjaya kasi pecah rekod tanpa kalah Real musim ni di tempat sendiri, ibaratnya jauh panggang dari api. Sporting Gijon punya taktikal lebih kemas terutamanya ketika bertahan, sampaikan Mourinho sendiri mengucapkan 'syabbas inspektor syahab' kepada pemain-pemain Sporting Gijon. Lain pula ceritanya dengan Spurs, cuba bermain selamat dengan corak bertahan dan counter attack tapi gagal. Mourinho lebih bijak dengan memainkan pressing game seawal bola sampai dalam kawalan Spurs. 

Sudahnya? Spurs terkial-kial nak control ball dengan lebih lama. Gua perati Spurs tak ada control ball lebih 10 saat sepanjang game! This is crazy you know?

Sudahnya? Spurs gagal menyerang sampaikan Casillas menguap akibat terlampau mengantuk.

Sudahnya? Spurs hanya berjaya melancarkan 1 saja shot on target sepanjang 90 minit.

Spurs berbangga dapat menewaskan Inter Milan. Kelab ini juga bangga dapat menumbangkan AC Milan. Memang hebat bunyinya kalau dengor saja-saja. Tapi tu belum perisa sebenar Champions League. Tengok saja si Bale semalam, ibarat orang buta hilang tongkat, menggagau ke sana-sini tak tentu hala. Bak kata pepatah lama bola sepak, 'indah khabar daripada bermain'. 

Kebebalan Spurs bermula seawal minit keempat bila Adebahaya menyumbat masuk gol pembukaan. Bukan main seronok lagi Adebahaya bila dapat menyumbat gol lawan Spurs. Katanya, "ini gol gua yang ke-9 lawan Spurs sepanjang karier. Team ni sangat lemah".

Bukti ayat beliau di atas adalah real bila Adebahaya sumbat sebutir lagi gol. Gol ke-10 Adebahaya ke atas Spurs. Maka sah! Spurs memang kelab lemah.


Kalau setakat alasan kena tibai sampai 4 bijik sebab Crouch kena kad merah, gua boleh terima juga la. Tapi itulah bola sepak. Dan gua tak tahu apakah kebebalan sangat Crouch sampai kena 2 kad kuning dalam masa hanya berselang beberapa minit. Si panjang tu gamaknya hanya berguna untuk menari robot. Lain semua haprak.


Bukan tandingan Ronaldo. Banyak lagi kena belajor bero!

Gua dah bagi tips macamana nak lepas Ramos itu hari tapi Bale 
ni pesen angkuh bongkak tak mahunya nak dengor pesan gua.

Dah tak lepas dengan Ramos, Bale mencuba nasib berlawan dengan Marcelo tapi kesian, tak lepas juga.

"Oh mama! Susah betul nak lepas ini malam"

"Kenapa kachang sangat ni Harry?"

"Entahlah Jose, kau memang power!"

2nd leg nanti gua jangka dan harapkan tentangan bertaraf Champions League dapat diberikan Spurs kepada Real, bukan sekadar tentangan bertaraf suam-suam macam tadi pagi. Kalau diulangi game serupa kena tibai 4-0 ni buat malu ke orang kampung saja. 

Marcelo 12. Pemain terbaik pilihan gua. Mantap kebal bertahan dan mencanak-canak buat overlapping sepanjang game.

Tuesday, April 5, 2011

air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

prediction kita tentang sesuatu game boleh jadi sebab salah satu team tu kuat dan opponent dia lemah macam Liverpool. tapi, sebenarnya prediction kita kadang-kadang boleh terpesong jugak. sebagai contohnya Chelsea dan Arsenal itu hari. dan juga Liverpool. oh ya, Real Madrid sekali.

jadi, kalau lu orang nak buat prediction ke hapa. espesyially prediction untuk cempien league minggu ni, ada tiga benda penting yang perlu lu orang titik beratkan semasa membuat prediction.


pertama :

Pastikan lu orang predict sesebuah game berlandaskan syarak. contoh dekat sini, abam Linglung kita minat Real Madrid. so, dia predict Real menang dengan Spurs nanti. manakala Berto selaku wakil kem Spurs membuat prediction yang sebaliknya. jadi, predict lah sesuatu game berdasarkan team yang lu orang minat bukan berdasarkan kemampuan atau terer tak terer sesebuah team tu. ibarat air yang tenang jangan disangka tiada buaya.


kedua :

Predict ikut arus semasa. hal-hal sejarah atau benda yang lama-lama, contohnya Liverpool yang pernah menang EPL zaman Kewell dulu tu lupakanlah. benda yang lama usah dikenang, jika dikenang merana lah jiwa. tak semestinya Cardiff FC yang dulunya bangang tahap dewa, tak mampu bagi saingan dalam EPL musim depan. siap tolong Melesia lagi tawww. orang tua-tua kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.


ketiga :

tengok Referee macam mana, baru boleh predict. kah kah kah! ini susah sikit, kurang-kurang kena dapat penalti barang satu dua baru kita boleh predict tengok macam mana  game tu. macam game West Brom itu hari. super faking tuih! hahaha. itu la, gua dah cakap, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. 



amcam? tenang tak tenang buaya tu?





ermmm. ini lagi tenang rasanya. bila nak resign pon gua tak tawu.

Monday, April 4, 2011

Minggu Ini Dalam Cempiens League.



3 manager - Jose Mourinho,Carlo Anchelotti dan Alex Ferguson sedang memburu kejuaraan kali ketiga sebagai pengurus.Pep Guardiola pula memburu kejuaraan kali ketiga sebagai pengurus dan pemain(tahun 1992).Shakthar Donetsk memburu kejuaraan untuk Eropah Timur setelah kali terakhir tahun 1991 oleh Red Star Belgrade.Schalke 04 pula mahu memecah tradisi Bayern Munich selepas pasukan Jerman selain Munich - Borussia Dortmund berjaya lakukan pada tahun 1997.Internazionale mahu menjadi pasukan pertama sejak tahun 1990 berjaya mempertahankan kejuaraan - iaitu pasukan musuh setempat AC Milan.Dan Tottenham Hotspurs mahu mencuba pasukan England pertama yang first time masuk terus juara - kali terakhir dilakukan oleh pasukan sang genius Brian Clough - Nottingham Forest pada tahun 1979.

Kepada semua,selamat berjaya.
Dari Bob Paisley.

Yang juara 3 kali as manager.Satu-satunya setakat ini.

Sunday, April 3, 2011

Rojiblancos


Real Madrid 0 - Sporting Gijon 1.

Demit la Gijon ni. Kekalahan Los Blancos (The Whites) terhadap Rojiblancos (The Red and Whites) menyaksikan skuad kendalian Jose Mourinho ketinggalan 8 mata dibelakang pendahulu liga, Barcelona.

Ini bermakna Real juga tewas buat pertama kalinya di kandang mereka sendiri, Estadio Santiago Bernebeu. Duri dalam daging Real pada perlawanan tersebut adalah Miguel Ángel de las Cuevas Barberá.


abam Cuevas, penggegar tiang didalam padang, penari tarian tiang diluar gelanggang.

Kekalahan Real ini juga sebenarnya sangat-sangat-sangat mendukacitakan Tottenham Hotspurs, lawan mereka di suku akhir Champions League nanti. Yes, Gareth Bale sangat kecewa dengan kekalahan ini, apatah lagi Peter Crouch.

Kenapa? Kekalahan Real ditangan Sporting Gijon ini membantutkan hasrat Spurs untuk menjadi pasukan yang menamatkan rekod 9 tahun tanpa kalah di kandang sendiri abam Jose Mourinho. Demit, Sporting Gijon spoil the mood betul la, baru nak piat telinga si Mourinho ni.

'tak apa lah Bale, bukan rejeki ko nak calarkan rekod mourinho tu. Kesian plak aku tengok mamat tu, nanti ko score 4 bijik cukup lah, jangan banyak-banyak sangat' ujar Redknapp.

"k bos" Bale ringkas menjawab.

Jaga-jaga Mourinho, jaga-jaga!

Saturday, April 2, 2011

Penghormatan Datang Dengan Tanpa Dipaksa-paksa.


MANCHESTER, England (Reuters) - Manchester United boss Alex Ferguson poured scorn Friday on a Premier League initiative to improve the behaviour of players and managers towards match officials next season.

Ferguson, serving a five-match touchline ban for post-match criticism of referees, questioned the need for the plan announced by league chief executive Richard Scudamore on Thursday, saying managers already respect match officials.

"Richard Scudamore doesn't have a lot to do, does he?" Ferguson told a news conference. "He's trying to elevate the Premier League. Fine. That's good, that's his job. But I don't think managers disrespect referees.

"I get punished for what I considered was fair comment, they (the FA) didn't, and they gave me a five-match ban, that's fine. But that doesn't mean to say we don't respect referees. It's a difficult job, we all know that.


Hormati keputusan pengadil,pengadil lebih arif,pengadil hanya membuat kerjanya..blah blah blah.

Dalam hal ini - aku menyebelahi si muka merah Alex Ferguson.Sesungguhnya aku cukup meluat dengan perangai pengadil dan persatuan pengadil,UEFA,FAM,FIFA,Persatuan Pengadil-Pengadil Felda Jengka 3 dan segala macam badan pengadil bolasepak.Since when you're bigger than the player itself.Kau cuma pengadil.Orang komplen kau tak boleh terima ke?

Aku faham di atas padang - pengadil adalah seperti hakim di mahkamah.Mempertikaikan keputusan mahkamah tanpa sebab-sebab kukuh boleh menyebabkan kita boleh dipenjarakan.Tetapi kadang-kala keputusan hakim boleh jadi silap dan kita masih lagi boleh ada ruang untuk mempersoalkan hakim.Kita masih ada lagi mahkamah rayuan,kita masih ada lagi ruang untuk membantah sekiranya hakim tidak memahami situasi sebenar.Yelah,takdelah kau boleh jerit "fuck you" kat hakim straight.

Aku tak kisah if let's say pengadil buat keputusan yang silap tapi yang penting badan bolasepak mesti ada keupayaan untuk sedar dan insaf ke atas kesilapan sendiri.Kejadian gol England vs Jerman pada World Cup adalah the worst blunder in refereeing bagi aku.Walaupun aku anti team primadona England dan aku pernah kencing kat jersi England sebagai tanda aku anti team England,tapi aku rasa it's a goal by Frank Lampard.

Aku paling menyampah bila referee naik emo bila manager kutuk-kutuk referee.Oh come on la reff,kau fokus je la game kat atas padang tu.Alex Ferguson kalau panggil kau babi pun kau takkan bertukar menjadi Sus Bucculentus aka babi species Vietnam pun.Kau tak payah nak sibuk suruh FA saman manager - terutamanya manager Freemason Merah macam Alex Ferguson ni.Kau cuma tumpukan kepada mutu pengadilan kau je la.

Lagi satu aku paling badi bila reff buat decision - dan pemain membantah tak puas hati - kau main layang kad kuning.Cheh - berlindung kuasa di balik kad.Lancau punya perangai.Bukannya pemain tu nak tumbuk kau ke nak mengsaifulkan kau.Sometimes marah tu memang ada - habis mana ada orang kena tackle lepas tu kau diam terus buat muka smile lepas tu buat peace kawaii?Babi - kadang-kadang kau kena tengok gak keadaan.

To all referees - keep your primadona behind and just be professional.Jangan jadi Azwan Ali di tengah padang.Tak payah sibuk-sibuk nak tunjuk kuasa.Guna kuasa tu dengan elok.Kadang-kadang aku tengok referee ni lagi drama daripada Cristiano Ronaldo atau Didier Drogba.

Bak kata Hishamuddin Rais,"penghormatan akan datang tanpa dipaksa-paksa".Kalau kau nak orang respek referee,just do your job.Djaman Bill Shankly,Bob Paisley,Matt Busby,Brian Clough dorang maki gak referee tapi gua tak pernah dengar reff halau manager.Even djaman Ken Worden pun xde halau-halau.La ni je reff perangai macam hati tisu - cepat emo.

Nak emo pergi layan Hawthrone Heights la babi!