Saturday, January 29, 2011

Kelantan Juarai Piala Sultan Ahmad Shah

Buleh doh hok ni.

Piala Sumbangsih

Keputusan Penuh


Selangor 0-2 Kelantan

(Stadium Shah Alam)

Penjaring: Norshahrul sumbangkan satu gol dengan penalti dan Piya (Badri) sepakan percuma lencong lagi cantik terus menjaringkan gol.


Pemainan yang rancak. Menghiburkan yang dipamerkan kedua pihak. Ternyata Kelantan muncul pasukan yang mampu merobek hati peminat Selangor. Dengan kemenangan ini, segala desas desus mengatakan Kelantan sudah hilang bisa kerana nama besar seperti Indra, Farhan dan Hairuddin Omar sudah di mamah mercun. Keh Keh Keh.

Dengan jurulatih baru, M. Karathu lebih gemar dengan corak serangan. Beliau memilih formasi 4-5-1 dengan meletakan Norsharul berseorangan di barisan serangan.

Walaupun hanya melatih pasukan Kelantan selama tiga hari, M. Karathu patut diberi pujian. Penjaga gol Khairul Fahmi seperti biasa dengan aksi tangkapan kemas beliau.

Di jentera tengah pasukan Kelantan padu semacam. Rajin turun naik turun membantu pertahanan. Badri Radzi, Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya, K Soley, dan Danial Fadly cempien habissss.

Pemain sayap kiri, Nurul Azwan Roya mempamer aksi yang menawan. Larian kencang sampai pemain Selangor tak terkejar. K Soley di sayap kanan pula banyak menjenterakan aksi serangan.. Ketua Pasukan Badri Radzi yang dikenali sebagai Piya, memang mantap pada malam tadi.

Tahniah di ucapkan. Tahniah Penyokong.

Tapi satu je pelik, perangai main laser ada lagi ea?


14 comments:

APi said...

laser lagi..
adeh

hackshitam said...

ulasan yang kurang mantap. keh keh keh.

Anonymous said...

Roya main kiri la bro.... ex-johor fc tuuu...

Amir Syahir said...

keh2,,kanan dua dua...typo bro. terima kasih tegur.

Berto said...

bukan takat main laser, perangai baling botol masuk dalam stadium tu pon melekat lagi

DIYSAR said...

k soley @solihin main kanan bro,bekas kedah tu, tpi bg aku taktikal m.karuthu ni agak rugi sbb slalu norshahrul ada teman klini dia main jadi lone striker agak kureng skit aku tgok..apapon syabas utk kelantan

Unknown said...

kelantan nye midfield mmg mantap smlm. kontrol game. lg2 shakir 2, keje rampas balik bola from selangor. adeh~ selangor xleh wat pe.

Cob Nobbler said...

ni semua laser ni!Siak!

Viva Selangor!

aiman said...

aku tak berkenan btol tgk mat yo main lone striker. semua org tau mat yo peranan dia second striker. punya laa aku tggu ramzul nk masuk smlm, skali takdak. aiyoo tkpa laa, yg pnting mng.

Nor Ridhuan said...

fans 32 bintang main laser pon xbley tlg safee score kahkahkah

talkIZcheap! said...

Safee sila ke Kelantan... :P

tuan director said...

laser hijau

Linglung said...

#malaysiacheatlaser..hahaha

ahmadon the don said...

sek kito jangen pecoh..hehehe