Saturday, January 1, 2011

Turunlah Ke Stadium Kawan-Kawan!



Gambar perlawanan antara Persib Bandung vs Persija Jakarta di Stadion Siliwangi,Bandung.

Sekitar tahun 2007,bapak gua ajak gua satu family pergi vacation kat Bandung.Terima kasih kepada Air Asia kerana kini semua orang mampu untuk terbang.Dulu gua dengar nak pergi Indonesia tu macam susah sangat je.Sekarang member serumah gua rumah sewa pun dah mampu pergi Indonesia.

Semasa di sana,gua cuba mencari ketenangan di Bandung.Tapi siapa cakap kat Bandung tu tenang alamatnya dia tak pernah pergi Bandung.Dengan penduduk berjumlah 3 juta jiwa - gua rasa Bandung sama level dengan Kuala Lumpur dari segi kesesakannya.Cuma bezanya Bandung hanyalah standard level bandar Seremban atau Ipoh je - bandar yang kedua,ketiga,entah di Indonesia.In fact Bandung yang ada 3 juta jiwa tu pun - hanyalah bandar ke lima terbesar selepas Jakarta,Surabaya,Medan dan Palembang.

Masalahnya sekarang bapak gua ni ikut rombongan dengan orang-orang tua.Bila pergi dengan orang tua - dengan nenek,dengan makcik,dengan mak saudara ke mak tiri - mesti pergi kat kedai jual kain,kedai jual kek batik,kedai jual ukiran tembaga,kedai jual keris.Wadefak - gua explore sendiri dan memberanikan diri sendiri.

So,petang tu gua gerak naik tut-tut(teksi motor) pergi ke pekan.Dari pekan gua ada terbaca yang hari ini ada lawan bola kat Bandung.So gua terus gegar straight pergi ke Stadion Siliwangi - dibawa oleh mas taksi.Dan aku dikhabarkan hari ini ada perlawanan menarik - derby Bandung-Jakarta.

Umum mengetahui Persija Jakarta adalah seperti Manchester United di Indonesia.Mereka mempunyai modal uang yang besar hasil dari kutipan tiket dari Stadion Bung Karno yang mempunyai 90,000 kapasitas penonton.Kalau Persitara Jakarta Utara adalah seperti Manchester City - Persib Bandung mungkin seperti Liverpool.Jadi perlawanan kalau di Bung Karno mungkin lu orang rasa lebih selesa sikit - sebab dorang kat sana pun memanggil GBK adalah "Maracana of Asia" - jadi mana-mana timnas kalau datang pasti gerun.Dan mana-mana kelab yang lawan dengan Persija Jakarta pun pasti gerun.

Tapi perlawanan kali ini berlangsung di Siliwangi - stadium yang hanya boleh memuatkan 20,000 orang je.Tapi yang datang sampai 50,000 orang.Gi mana ni sih?Maka jadilah macam gambar kat atas tu.

Gua bernasib baik tak perlu duduk atas padang - sebab gua dapat masuk awal.By the way nama je Siliwangi tapi dalam konferm bau kretek D'Jarum atau Gudang Garam.Dalam perlawanan sengit itu berkesudahan dengan Persija Jakarta menang 1-0 ke atas tuan rumah.Penyokong ultra Persija - Jakmania mula meriuh dan bikin provokasi lalu mencetus konfrantasi dengan penyokong ultra Persib - Viking.Masa tu gua dah celah blah dah.Botol beer Bintang,kayu,paku,bahkan kasut semua dijadikan senjata.Pak polisi datang berserta FRU meleraikan suasana rivalry yang cukup getir tu.Gua terus blah tapi one thing gua sure - dorang berdiri sambil menyanyi lagu-lagu kelab dah stadium riuh dari mula hingga tamat perlawanan(kecuali masa Persija score).

Jadi - kalau dilihat dalam Asia Tenggara ni serious gua cakap Liga Indonesia adalah liga yang menarik.Ada lima liga - dan setiap satu liga ada 18 pasukan.Mantap - inilah kelebihan kalau liga dianjurkan dalam bentuk kelab - berapa banyak pasukan pun bebas boleh masuk - tak hanya limited dengan hanya negeri-negeri Persekutuan macam Malaysia ni.Setiap penyokong ada crowd fan mereka sendiri - bahkan di Persija sendiri ada ramai Jakmania di luar Jakarta seperti di Surabaya,Surakarta,Yogjakarta mahupun di Bandung tempat rivalry sendiri.(tengah bayangkan pakai baju Manchester United di Wirral,Liverpool).

Jadi,kalau kita tengok hype Liga Indonesia ni samalah macam kita layan hype Liga EPL England.Bezanya walaupun dorang layan AC Milan,Manchester United,Inter Milan atau Barcelona - tapi dorang tetap bersama Arema Malang,Persib Bandung,Persija Jakarta atau PS Makassar.Dan stadium sentiasa saja penuh dan kadang-kadang melimpah ruah sampai ke padang.

Jadi gua harap dengan Malaysia menang Piala Suzuki ni - gua harap lepas ni bersemangatlah kita tengok liga tempatan macam Indonesia ni.Cuma gua harap lepas ni takde Selangor Mania bergocoh dengan Kelantan Vikings macam yang gua tengok tu.Ultra,ultra gak beb.Tapi tak berbaloi tengok bola sampai pecah kepala.



Cewek Viking yang sporting di kedai jual air Joss dan Teh Botol Sosro penghilang dahaga.

3 comments:

aljambz said...

pehh. elok jugak kalau malaysia buat klub2, baru best. ye dak?

Amir Syahir said...

fuhh.ramai doe

Cob Nobbler said...

sumpah bau keretek lu keluar dari stadium.lu dah tak bau apa lagi dah hahahaha!