Sunday, January 16, 2011
Balik-Balik Cerita EPL...
Liga Engleng overrated huuaaarrgggghhhh!
Kita mulakan dengan rangkuman La Liga.
Perlawanan semalam diantara Catalan Baru yang lebih Catalan dari Barca - Espanyol menewaskan pasukan handalan Andalusia - Sevilla 1-2 di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan semalam.Jose Maria Callejon menjaringkan dua gol menumpaskan Sevilla - dimana Jose Maria Callejon sendiri merupakan anak watan Andalusia yang mengembara ke Catalan untuk mencari rezeki.Ini serupalah macam Amri Yahyah yang terpaksa membelakangkan ketuanan Majapahit dan menyokong ketuanan Srivijaya dalam kejohanan Piala Suzuki baru-baru ini.
Sementara itu Getafe dibelasah dengan Real Sociedad 0-4 dalam satu lagi perlawanan.Real Sociedad - yang tahun 2002-03 mendapat no.2 dibelakang Real Madrid di La Liga,telah membelasah pasukan jiran Madrid iaitu Getafe yang juga team di dalam wilayah Madrid.Xabi Priento menjaringkan penalti,sementara itu pemain import dari Perancis Antoine Greizmann menjaringkan gol sebelum Mikel Gonzalez dan Aranburu membelasah Getafe.
Sementara lagi - rival Real Sociedad - juga dari wilayah Basque Athletic Bilbao menewaskan Racing Santander 2-1.Javi Martinez dan Muniain menjaringkan gol bagi pasukan rebel yang dikatakan disokong oleh kelompok pemisah Basque yang lagi ekstrem dari Catalonia sebelum Ivan Bolada menjaringkan gol untuk Racing Santander.
Isham Rais cakap awek yang paling cun ialah awek Basque.Gua tak pernah jumpa gadis Basque semasa di London atau Belgium - tapi gadis Perancis boleh tahan gak.
Laporan Serie A!
Sementara itu pasukan yang gua idolkan sejak kecil - pasukan Diego Armando Maradona - Napoli hanya seri dengan pasukan La Viola - Fiorentina.Pasukan Inter Milan - sejak pemergian Rafa Benitez - badi Liverpool yang dibawak Benitez kini sudah hilang.Inter Milan membelasah pasukan speghetti iaitu Bologna 4-1.Ternyata lazat sungguh Leonardo dan anak buah membelasah makan malam speghetti malam tadi.
Laporan Liga Clausura.
Liga Clausura belum start - bulan dua baru start.Tapi dalam liga ini - sudah ada banyak perubahan.Claudio Borghi yang dipecat kerana lembab menaikkan Boca Juniors kini diganti dengan Julio Cesar Falconi.Falconi yang dahulunya bekas pengurus Banfield - yang membawa pasukan belasahan itu menjadi juara Apertura 2009 sekali lagi diharapkan sentuhannya oleh La Xeneizes untuk menumbangkan pengaruh "Student Power" Estudiantes.Estudiantes - juara Apertura 2010 yang lalu - jelas menunjukkan walaupun tanpa stadium tapi semangat Student Power yang dibawa Fahmi Reza telah menyemarakkan semangat Estudiantes atau dalam bahasa Sepanyol bermaksud "Kelab Pelajar" telah menjadi juara Liga Apertura.Apakah Student Power akan berjaya menjadikan pelajar-pelajar ini terklasemen lagi?
Sementara itu geng serbanistas boleh menyokong pasukan Independiente yang pengurusnya satu-satunya yang beragama Islam - Antonio Mohammmed.Diharapkan bolehlah berdoa untuk Antonio Mohammed membawa sinar baru kepada Independiente setelah terperosok di bawah tangga liga dalam Apertura 2010.
Laporan Piala Asia!
Hari ini merupakan penentu bagi peringkat kumpulan A.Pertemuan Qatar akan bertemu Kuwait sementara Uzbekistan akan bertemu China.Sebagai mengikut nasihat Mossad melalui agen APCO Worldwide - Uzbekistan seboleh-boleh seri sambil mengharapkan Qatar untuk tewas dengan Kuwait.Rasanya sebagai tuan rumah agak susah - tapi harap-haraplah.Sengal China boleh kalah ngan Qatar hari tu.Kata dah masuk World Cup 2002 dulu - cam bangang je.
Laporan Liga Super
Dah,korang cakap masing-masing nak interview itu la,interview ni la,buat la woit!Jangan pentingkan Engleng je woit!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
liga thailand jangan lupa..gua minat doe. dekat dgn negeri gua..kah2
gua liga thailand gua dapat sikit je knowledge due to masalah bahasa.gua gagal belajar bahasa thai.
however muangthong united - kelab yang ditubuhkan sejak 1989 masih lagi kekal pendahulu - dan chonburi makin hilang bisa - tak power macam dulu.
Antonio Mohamed. perghh, Safee Sali patut main kat Independiente ni, boleh smayang jemaah sama2..
awek kat atas ni awek basque ke french?, macam arab je aku tgk
Berto:basque.
EPL mmg overrated..betul betul betul!
Post a Comment