Saturday, January 8, 2011
Arise King Kenny!
"King Kenny has arrived,The King is back!Feels like a Beatles reunion at the red half of Merseyside" - text BBM member gua Johan kat gua tepat 7:30 malam.Gembira bukan main.Pastinya kawan-kawan saya yang menyokong The Reds - Johan,Munirah Zahari dan Sharifah Sofia akan bergembira - raja mereka King Kenny sudah kembali.Oh tak lupa ayah bekas kekasih - Pak Leman - yang ada sweater Kevin Keegan yang ditayangkan kepada saya semasa saya masih lagi Manchester United(kini bekas).
Saya secara personalnya - bukanlah penyokong Liverpool.Saya tidak gemar bernostalgia.Jika saya ingin bernostalgia - sudah tentu saya menyertai kem Linglung Real Madrid - dah la sejarah lagi gempak - 9 kali Champions League Champions,31 kali juara La Liga - duit pun kental masyuk - daripada sokong kelab Liverpool yang dah berapa puluh tahun tak menang liga ni buat apa.
Jadi - mengambil perspektif Liverpool - adalah sama seperti dalam filem Star Wars yang dikuasai Empire yang jahat tamak haloba - begitu juga di Middle England - yang dikuasai oleh Alex Ferguson.Penguasaan kuasa jahat ini telah menyebabkan Liverpool - seperti dalam filem - seperti Jedi yang bertempiaran lari ke gurun mencari The Chosen One yang baru iaitu Luke Skywalker untuk membesar menentang Sith durjana Emperor Palpatine.
Dan selepas "the axe has been dropped" - gilotin kerjaya telah dilepaskan ke kepala Pakcik Roy Hodgson - King Kenny kembali setelah memimpin pasukan Liverpool pada tahun 1985-1991.Selepas 1985 di Heysel peristiwa silam yang menghancurkan reputasi Liverpool - dan selepas Joe Fagan - hero di Rome 1984 - meninggalkan Liverpool di celah-celah runtuhan Heysel - King Kenny memikul sisa-sisa perjuangan The Reds tanpa mengenal jemu.Menggantikan lagenda Kevin Keegan(hero Pak Leman) yang berpindah ke Hamburg - siapalah King Kenny pada jentera serangan jika tiada Ian Rush.Dan selepas menjadi menjadi pengurus dan pemain dalam satu masa dari 1985 hingga 1990 - dan menjulang kejuaraan England - itulah kali terakhir Liverpool sebenarnya menjulang piala kejuaraan liga England.Kalau ada bayi yang lahir pada ketika itu - sudah tentu dia sekarang sudah boleh daftar mengundi SPR tahun ini.
Apapun - Manchester United akan bertemu dengan Liverpool - dan Liverpool seolah-olah bersemangat dengan kehadiran King Kenny.Tapi dengan rekod tanpa kalah dari kuasa the dark side Sith,tapi seperti kawan Liverpool saya pernah berkata - setiap kali Liverpool menentang Manchester United adalah seperti kuasa baik bertembung dengan kuasa jahat.Dan selalunya - honestly,kuasa jahat selalu kelihatan cool dalam movie.Tak tau kenapa.
Jadi - mungkin King Kenny ada ramuan untuk The Kop kembali gah seperti dulu - atau sebenarnya Liverpool sudah ketinggalan jauh dalam lipatan sejarah - terpulang pada King Kenny.Sandarkan pada kenangan - jangan selalu sangat.Jangan jadi macam aku - teringat kat arwah girlfriend - lepas tu ada awek baru pun nak mengigau nama arwah - susahlah.Sudah tentu kena tinggal.
Jadi - kalau tak nak kena tinggal kat no.12 - King Kenny kena jangan sandarkan pada kenangan sangat.So - dapatlah Johan,Munirah Zahari,Sharifah Sofia dan Pak Leman kembali ceria menonton pasukan kesayangan mereka - The Reds.
p/s:Walk on through the wind,walk on through the rain,hold your dream be tossed and blow,walk on with hope in your heart,and you'll never walk alone.
Notakaki:Penulis bukan penyokong Liverpool - hanya menulis untuk entry kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
aku x penah kenal pon sapa king lenny ni, klu Alex Ferguson mmg sah aku kenai hahhaha
bagi aku ,masalah Liverpool ni aku rasa adalah pada player dia. Player dia average saja, tak boleh nak compete utk top team..
kolcesky, krygiakos, johnson, ngog??
DIYSAR:iqrak diysar,iqrak.
Berto:Bagi aku there's no such thing as average player.Gua percaya kalau the right tactic and the right formation anyone can win.Semua manusia diberi bentuk badan - serta kelebihan dan kekurangan.
Kalau King Kenny boleh study "average player" dia tu,it could be a great team.Masalahnya mentaliti semua manager sekarang ni - semua nak ready-made.Nak star ni star tu,cheh - you're not playing football - you're playing primadonas.
So - bukanlah gua nak back up Liverpool or what,but somehow - it's King Kenny job untuk bentuk team dia sendiri.
Otherwise dia jadi macam Roy Hodgson jugak.
Remember - comeback tak selalunya cemerlang.Remember Michael Schumacher?
"kuasa jahat selalu kelihatan cool dalam movie"
dan kuasa jahat juga selalu kalah dalam movie... :P
Aku nak tengok gak apa yang Uncle Kenny ni mampu buat. Aku MU tapi aku nak tengok gak mamat kenny punya tactical. mintak2 boleh kelam kabutkan defend MU. aku dah bosan tengok MU menang je. Haha
oh patutlahh rasa macam nama kena sebut banyak kali! hahahaha
eh bagilah peluang, jangan samakan filem dengan team bola. lain.
King Kenny boleh buat punya. let see what happen tomorrow mate. its up to the team anyhow right on the formation, right tactics, tp tu lah i can see that the team...kena ada org2 kuat@star,nmpk yakin boleh.come on jangan macamni
tengok je la apa jadi esok, kalau tak habis laaa liverpool kena bahan ngan semua .
btw labels sangat best! haha
talkIzCheap:lu rasa MU kalah ke besok kahkahkah!
khairul farhan:Tactical wise tu mungkin takde la - lebih pada winning morale emotionally je la.
nmz:jangan risau - gua bukan lagi fan Man United.So gua ajen bebas.
cob: hehe, aku rasa ko tahu apa maksud aku sebenarnya, hehehe :P
apa2 la, liverpool tetap akan bebal...hahahaha
Post a Comment