Sunday, January 2, 2011

AFC 2011 - Qatar:Ana Anta Ya Maulana!



"Memandangkan company ni baru je bukak,kita ni takde funding sangat.Saya baru je jual rumah agam saya kat California untuk syarikat ini"

"Tapi ini AFC 2011..kalau berita liga Eropah kita cover kenapa Piala Asia kita tak nak cover?"

"Bukan tak nak cover,tapi funding sangat tight.Lagipun saya kini sedang menunggu overriding dari projek anak syarikat saya di Abu Dhabi.Macam ni la - instead you naik Qatar Airways - why not kalau company just hantar you naik Air Asia sampai Tehran?"

"Tehran?Kenapa Tehran?Saya tak nak - nanti saya akan dituduh cuba menyebarkan ajaran Syiah"

"Dulu ada transit Air Asia pergi Abu Dhabi,dekat sikit dengan Qatar.Sekarang Air Asia sampai Tehran je."

Aku terduduk lemah dalam pejabat.Peristiwa percanggahan pendapat gua dengan Daniel Sokerleaks pasal Melodi Jaya semalam sudah tenang - tiba-tiba tegang semula.Ada ke dia nak suruh aku berhenti kat Tehran?Tiket kena book pantas - kalau tak,aku tak boleh cover AFC kali ni.

Chit,baru semalam gua bermimpi dengan pramugari Qatar Airways.Gadis-gadis Arab yang gebu-gebu - aaaahh..Tapi semua digagalkan oleh masalah kewangan.Yeah - money makes world goes around.Terpaksa terima hakikat kena berhenti di Iran sebelum meneruskan perjalanan berbahaya untuk ke Qatar.

Apapun - sebagai mewakili Department Liga-Liga Rare dan Perlawanan Antarabangsa,disamping dengan semangat ESPN Jangan Englandkan Kami - aku gagah meneruskan perjalanan ke Iran sebelum ke Qatar untuk mengulas Piala AFC kali ini.Ada jugak gua tekan kat Daniel supaya Farhana Razaki dapat pergi sekali - pergi sorang-sorang boring pulak.Kalau ada Farhana boleh naik bot air kat Qatar tu.Macam kat Venice.

So - Qatar menganjurkan Piala Asia 2011 - selepas Piala Asia 2007 dianjurkan di empat negara - Thailand,Vietnam,Malaysia dan Indonesia.Pada masa ni mesti ramai rakyat Malaysia bercakap - kenapalah tahun 2007 tu bukan K Rajagobal - kalau Rajagobal mesti Malaysia dah terklasemen tahun tu.Peristiwa menyayat hati Piala Asia 2007 - dibelasah China,Uzbekistan dan Iran - serta purata yang datang stadium sekitar 7,000 orang - out of 100,000 capacity - berbanding Piala Suzuki yang selamba leh cecah 95,000 takde problem - mesti best kan kalau Malaysia ada sekarang.

Jadi perlawanan akan berlangsung di lima stadium - empat di Doha dan satu di Ar-Rayyan.Nama-nama stadium itu adalah Khalifa International Stadium - stadium perlawanan pembukaan dan final,selain Qatar SC Stadium,Stadium al-Gharafa,dan Stadium Jassem bin Ahmed di Doha dan di Ar-Rayyan - Ahmed bin Ali Stadium.Mesti kena belajar ingat nama stadium ni takut sesat nanti.Dah la gua masa kat sekolah agama dulu fail Bahasa Arab.

Kumpulan A menyaksikan pasukan tuan rumah - Qatar diundi bersama Kuwait,Republik Rakyat China dan Uzbekistan.Dalam hal ini gua rasa Qatar - hasil sokongan padu tuan rumah akan layak bersama China di peringkat seterusnya - sementara Kuwait dan Uzbekistan akan bersaing.

Kumpulan B menyaksikan pasukan kegemaran Asia saya - selain Indonesia(dan juga Malaysia) ialah Jepun.Pasukan Jepun akan bersama-sama Arab Saudi,Jordan dan Syria.Dan seperti Israel yang dikepung oleh negara-negara Arab - begitu juga dengan Jepun.Jadi gua berharap lepas ni jurulatih Jepun Alberto Zacherroni bertemu dengan Benjamin Netanyahu berbincang tentang strategi berhadapan dengan kepungan negara-negara Arab.Dalam kumpulan ini dijangka Jepun dan Arab Saudi tidak ada masalah untuk layak ke peringkat seterusnya.

Kumpulan C adalah kumpulan yang agak sengit - pasukan Korea Selatan yang dijangka mendapat sokongan padu ramai aweks-aweks yang suka kisah cinta drama Korea,disamping Australia,pasukan yang progresif - serta Bahrain,pasukan yang tersangkut dengan New Zealand dalam play-off World Cup tahun lepas - dan juga India,negara yang hanya terkenal dengan kriket dan Bollywood.Dalam hal ini saya menjangkakan Korea Selatan dan Australia akan layak dengan pasukan India akan terkeluar dengan 200 larian.(ini bukan Kriketleaks).

Kumpulan D agak sedikit tidak tenang - kerana kumpulan ini menyaksikan Iraq,juara bertahan akan bertemu dengan Korea Utara,Emiriah Arab Bersatu dan juga Iran.Ya - Iran akan bertemu Iraq.Gua pasti perang Iran-Iraq pasti tergamit memori dalam rivalry kali ni.Kalau Konfrantasi Indonesia cuma acah-acah dah rivalry lain macam Malaysia-Indonesia,ni yang dah berperang ni rivalry dia macam mana entah.Korea Utara - sejak kena belasah 7-0 dengan Portugal World Cup lepas gua dah lama tak dengar cerita dia.

So - sementara ada lagi 11 tahun lagi Qatar untuk menganjurkan World Cup - ini adalah pentas terbaik untuk menyaksikan Qatar menganjurkan kejohanan bolasepak dunia.Sementara tu gua dah mula push Daniel untuk keluarkan dua tiket transit ke Iran sebelum ke Qatar,so gua boleh ajak Farhana Razaki untuk mengulas bersama.Harap-harap gua tak pergi soranglah.

3 comments:

Leplep said...

farhana gua jangan nak usik sangat ye?

Berto said...

jgn lupa buat umrah skali

Cob Nobbler said...

areleaf:haih,best man win der..
berto:Daniel bagi tambang pun cukup-cukup - nak umrah mende..

bertuah la Daniel tu.gua mintak Qatar Airways dia bagi gua Air Asia.berhenti kat Tehran.Sampai Tehran mampus gua nak pergi Doha macam mana.