LONDON- David Beckham, yang dikhabarkan bakal menyarung jersi Spurs, masih belum dapat direalisasikan perpindahan beliau. Ini dikatakan berpunca dari masalah insurans David Beckham yang dianggap terlampau mahal untuk tempoh pinjaman yang cuma mengambil masa 3 bulan. Walaubagaimanapun, Beckham tetap berlatih bersama-sama skuad Harry Redknapp. Dahulu Beckham juga pernah berlatih dengan Arsenal tetapi beliau mengulas betapa sukar menyesuaikan diri bersama pemain-pemain mentah dan belum akil baligh.
Menurut seorang peminat Spurs, Micheal Learnstorock, 34, sebenarnya perpindahan Beckham bukanlah sesuatu yang hebat sangat. Beckham mungkin berkarisma dan memiliki aura Mawi World dikalangan wanita sekaligus dapat menarik lebih ramai peminat terutama gadis-gadis yang meminati bola hanya sekadar rupa paras pemain tersebut, tetapi beliau sudah tua. Penduduk bumi sedia maklum pasukan-pasukan tua tidak mampu menonjol, contoh terbaik adalah Chelsea.
Jadi tak jadi Beckham ni nak sarung jersi Spurs, kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Jika ikut naluri penulis, ada moleknya kalau Redknapp mencari pemain yang lebih muda dan berpotensi, contohnya Eljaro Elia mahupun Amirulhadi Zainal.
Berita 2: Taeguk Warrior langkah kanan
DOHA- Pasukan Korea Selatan memulakan langkah kanan dengan mengalahkan Bahrain 2-1 pada aksi pertama mereka. Sebelum itu, tendangan padu kangaroo Australia begitu kuat dan sukar dibendung skuad India.
Kedua-dua gol Korea dijaringkan Koo Ja-Cheol, pemain muda yang berumur 22 tahun. KJC beraksi dengan pasukan Jeju United. Beliau juga pernah menjalani latihan dengan pasukan Blackburn Rovers, malangnya impian beliau untuk beraksi di EPL terbantut dek cuaca buruk di England ketika itu. Korea juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 10 minit terakhir selepas Kwak Taehwi dilayangkan kad merah. Ironiknya, KJC diberikan tanggungjawab untuk mengemudi barisan serangan Korea hanya selepas penyerang sensasi mereka, Park Chu Yong mengalami kecederaan. Hikmah yang sama seperti skuad bolasepak Piala Suzuki Malaysia.
KJC (Khairy Jamaludin Comel)
Sesuatu yang pasti, banyak pasukan pilihan memulakan kempen Piala Asia 2011 ini dengan langkah kiri seperti tuan rumah, Qatar, Saudi Arabia yang tewas semalam di tangan Syria dan tak lupa Jepun yang berhempas pulas untuk sekadar seri dengan Jordan. Apakah maksud disebalik keputusan ini? Adakah pasukan gergasi Asia semakin lemah atau pasukan-pasukan Asia yang lain semakin kuat dan berdaya saing. Jika itu maksudnya, bermakna Malaysia tidak boleh mendabik dada terlampau besar. Ya, kita mengorak langkah dengan memenangi Piala Suzuki, tahap permainan juga meningkat tetapi jangan dilupa, pasukan lain juga turut mengorak langkah kedepan. FAM perlu bertindak segera, jangan asyik dibuai mimpi sahaja.
Berita 3 : Awas Jupe, Safee Bakal Berkelana
SHAH ALAM- Safee Sali dilaporkan bakal ke Indonesia untuk beraksi bersama pasukan Persib Bandung. Menurut blogger sukan Rizal Hashim diblog beliau Loose Cannon, Safee bakal ke sana pada pertengahan tahun ini. Tambah RizalHashim lagi, walaupun begitu, Mohd Sali Min, bapa kepada penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 ini mengeluarkan kebimbangan beliau selepas mengatakan beliau kurang bersetuju Safee ke Indonesia kerana takut dengan ancaman bunuh penyokong fanatik disana. Beliau juga lebih gemar jika Safee bermain di Vietnam.
Bagi penulis, ini satu langkah proaktif bukan untuk Safee sendiri malah untuk bolasepak Malaysia juga. Sindiran sesetengah pihak yang mengatakan buang masa jika ke Liga Indonesia adalah pandangan cetek. Indonesia mempunyai wakil untuk bermain di Liga Juara-Juara Asia, sekaligus mungkin dapat membuka mata kelab-kelab Jepun, Korea mahupun Arab untuk mengambil pemain Malaysia pada masa depan. Bukan bermakna Liga Malaysia tidak kompetetif, tapi fikir-fikirkanlah, kalau Piala AFC pon mahu tarik diri, macam mana nak maju diperingkat Asia. Oleh itu diharap Liga Malaysia 2011 ini bakal berevolusi dengan jayanya dan diharap juga peminat/penyokong turut berevolusi, tidak perlu sehingga tahap merusuh. Kita berperang dalam stadium, luar stadium kita buat kawan.
Buat Safee, SokerLeaks mengucapkan Selamat Maju Jaya di Persib Bandung ini. Oh ya, Persib Bandung merupakan kelab Markus Botak, Cristian Gonzalez dan juga kapten Singapura, Baihaki Khaizan. Jangan tergoda dengan godaan Julia Perez, ingat-ingat famili di Malaysia. Buat Selangor, ini bermakna mereka bakal kehilangan seorang penyerang berkaliber, tapi tak menjadi masalah untuk K.Devan rasanya, Selangor kilang pemain Malaysia kan?
6 comments:
kah kah kah..amirul hadi main spurs..molek bebenor la.
teguk warrior tu apsal tak ganas langsung nama macam harimau malaya?
CAYALAH VIKING PERSIBBBBBBB!!!
kalau amirulhadi main spurs aku takot modric tak main terus~
saye sokong pendapat bapa safee tu. sebab saye sebagai student dekat indonesia ni sendiri pun takut tengok betapa fanatiknya diorang tentang bola sepak. Mungkin anda pernah dengar isu pergaduhan persib bandung dengan jakarta tak lama dulu? Sesama dia pun boleh berkelahi, inikan pula dengan orang Malaysia.
Tak disangkal, dengan kemenangan Malaysia tempoh hari, saya sebagai student malaysia dapat masalah di campus. dikutuk, dihina pensyarah dan rakan2. Perlakuan yang sangat memalukan.
sabor je la cik amirah, x perlu ikut rentak dorang..biasa la, diorang ni kuat sentap..tp jgn lecturer tu bg result teruk hanya sbb bola ni sudah, x profesional sungguh namanya tu
Post a Comment