Thursday, January 13, 2011

Harimau Malaya Ranking Ke-142

Ana Harimau Malaya, bukan Ana Rafali.

Itu hari, Harimau Malaya gah menang kejuaraan paling unggul negara-negara Asean. Sebelum kejuaraan Piala AFF bermula, kita tercongok di ranking ke-150. Dibedal 1-5 pada perlawanan pertama, kita bangkit dengan lebih gaya harimau jantan berjaya mengikat satu lagi jaguh tua Asia tenggara, Thailand 0-0. Perlawanan terakhir group memang pure punya berdebar, Harimau Malaya kena menang di samping mengharapkan Gajah tumbang dengan Garuda. Seperti yang diharapkan, kita menang 5-1 dengan Laos dan Thailand tumpas 1-2 di kaki Indonesia, satu Malaysia berpesta dalam kesyukuran. Harimau Malaya mara ke separuh akhir menentang Vietnam, sang juara edisi lepas.

Sebelum separuh akhir, Malaysia masih di ranking ke-150 dunia.

Selepas kemenangan 2-0 ke atas Vietnam dalam separuh akhir pertama, Harimau Malaya melompat ke ranking lebih mantap, ranking 144.

Berjaya bertahan dengan mengikat Vietnam 0-0 di tempat lawan, Harimau Malaya terus mengaum di Bukit Jalil dengan meratah sang Garuda sampai lunyai dengan keputusan 3-0 di final pertama. 'Wow!!" gua cakap! Siapa sangka? Jujur, gua memang tak sangka, tapi gua percaya budak-budak kita ada 'something'. Mereka dah pernah buat gila menang emas Sukan Sea di Laos tahun sebelumnya, skrip dan jalan cerita lebih kurang sama, goyang di awal cerita, saspen di pertengahan cerita, tapi bangkit tunjuk taring di penghujung cerita. Stail kemain, gaya filem hindustan!

Kemudian, Harimau Malaya bertandang ke Gelora Bung Karno yang kononnnya kubu keramat sang Garuda, ya kita tewas 1-2 tapi kita masih juara dengan agregat 4-2. Apa ada hal? Lalu termaktublah dalam sejarah, juara baru kejohanan bola sepak terulung Asia tenggara adalah Malaysia!

Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA semalam, 12 Januari 2011, Harimau Malaya di ranking ke-142, naik dua anak tangga. Memang kalau nak cari nama Malaysia dalam FIFA/Coca-Cola World Ranking kena belek sampai ke page 3, tapi itu bukan cerita dia. Kerja nak menjulang semula nama Harimau Malaya macam dulu-dulu atau lebih padu dari dulu-dulu bukan kerja sehari dua, bukan kerja seminggu dua. Itu kerja ambik masa, itu kerja orang sabar, itu kerja orang tak pernah kenal maksud putus asa!  Bersabarlah dan teruskan sokongan.

"Nok gi KL dari Koto Baru keno jale turung rumoh dulu, pahtu naik bah, keno harung so-so baru buleh sapa KL" - kiper Malaysia.

Maksudnya, nak pergi ke KL dari Kota Bharu kena menapak turun rumah dulu, lepas tu naik bas, kena harung satu-satu dengan tabah, nanti sampai la ke KL tu.

Tak paham jugak? Maksudnya lagi, nak ke satu destinasi jauh, perlu tabah dan harungi setiap rintangan satu persatu. Ok, sekarang boleh paham?

Ranking negara Asean lain:

Thailand - 119
Indonesia - 126
Vietnam - 136
Singapura - 139

18 comments:

dear anies said...

daki pelan2.. tau2 nnt harimau melaya da berada d rangking top 100

Anonymous said...

biar merangkak. asal naik.

master said...

gua setuju dgn http://aniesandyou.blogspot.com

ya..top 100 macam dulu-dulu tu. sapot terus menerus harimau malaya!

Point of View said...

cmon guys, try harder. sokernet this morning already 2 entries with 50+ comments in those 2. u all baru 1 entri dan tak sampai 10 komen wtf?

belum kira silent reader lagi, mau 1000 sana 100 je sini.

and this entry, start dengan gambar yg sama and guna phrase apa ada hal mati2 buat aku ingat lucy yg tulis tadi.

keep rolling. keep it on!

Linglung said...

Point of View - thanks dude :)

kami menulis dan buat blog ni bukan kerana nama atau mengharapkan komen ratus-ratus, tapi sekadar ingin memeriahkan scene bolasepak dalam negara mahupun luar negara dalam bentuk penulisan.

pasal hal tiru phrase luci tu gua rasa itu stail ramai orang menulis, dan gua dah pakai stail tu dah lama dalam blog gua sendiri tanpa berniat meniru sape2, sbb dalam hari2 gua mmg gua guna phrase tu.

takde hal derr, komen dan kritikan kami terima baik. apa ada hal?

Cob Nobbler said...

We all here admiring Lucy :) The greatest footie blogger!

the sun said...

sokerleaks pun kena jadi macam harimau malaya gak.

pelan-pelan kayuh.

yang penting, SEMANGAT! SEMANGAT!. =)

Unknown said...

2 ranking je naik? awat sikit benor?

khairul farhan said...

Come on la Linglung, gua support lu. maybe comment tak cecah ribu raban, maybe reader tak sampai berjuta.

Kalau betul pun 100 je yang jadi silent reader kat sini, maybe ini 100 yang berkualiti. Bukan 1000 yang tak reti.

Btw, Congratz Malaysia. 2 pun still naik.

adre said...

sudah2 la bergaduh nak mengomel banding blog sana blog sini.. yg penting kita semua suka bola sepak..apa nak gaduh2 beb?

buatla sejuta blog bola sepak pun, kalau gua suka, gua baca, kalu tak suka gua tak baca..

Btw, Congratz Malaysia. 2 pun still naik. <- tiru ayat adik khairul fahmi, kahirul farhan ...hahaha..peace!

Azfar Ridhwan said...

siot tul ranking. aku ingat malaysia da leap over thailand and vietnam coz da beat diorang waktu AFF Suzuki Cup ari tu. Ceh.

FAM kene arrange Malaysia banyak international matches la. Masukkan je dalam AFC Challenge Cup untuk naikkan ranking. Kalau friendly ley kira points, wat la lawan Guyana, Suriname or St. Kitts and Nevis coz walaupun diorang rank lagi tinggi tapi Malaysia ley tapau diorang kot!

Jangan jadi FAM waktu dulu buat keputusan bangang banned Malaysia football. Takde international matches memang la drop ranking gile babi. Skang nak naik balik memang terkapai-kapai la. FAM waktu dulu memang menyusahkan orang sekarang dan bangang!

AlpocodelaCruz said...

Orng Indon punyalah berlagak diorang level atas dari Malaysia.

Tp diorang x sedar diri, indon bukannya top 10 ke top 50. tp top 120!

Zaid said...

Vietnam, Indonesia lagi tinggi dari Malaysia, still orang bising Safee nak keluar?

Puan Besar Shag Yahaya said...

Kayuh kena pelan, kalau gelojoh sangat terpesong pulak. Bangga lah walaupun naik 2 anak tangga je ;)

Entri terbaru Shag : Rumah-KU Pejabat-MU. Aik?

Ariffin Janal said...

hahahah stail kemain lah malaysia.

Askar MUFC said...

kalo penulis nak tunjukkan lebih impak tentang peningkatan Malaysia, aku cadangkan buat comparison dengan negara2 Asean yg lain. Maksud aku, masa Malaysia no150, Thailand, Indo, Vietnam ngan S'pura tangga berapa dan sekarang nih Malaysia no142, ranking diorang plak (okeh yang nih dah ada). baru kita boleh judge sama ada kita ada peningkatan berbanding negara2 Asean yg lain.

just my 2 cents, sementara tu aku gi google sendiri..huahuahaua

Askar MUFC said...

hehe..rileklaa POV, masa Sokernet mula beroperasi dulu pun komen belas-belas jer satu artikel.

tapi sokerleaks tak cover lagi 2 isu besar dunia bola sepak arinih, kekalahan Liverpool dgn Arsenal, takkan nak tunggu Utusan keluar dulu baru nak follow kot..huahuahuahau

Linglung said...

Pasal pengiraan secara detail, boleh godek website FIFA, matematik kena pandai, kalau tak, tak payah buang masa pergi godek...keh keh keh.

Perlawanan bertaraf antarabangsa kelas A dpt point. Menang dgn team lagi atas lagi byk point. Jumlah gol dan bolos juga mempengaruhi markah.

Jadi gua rasa, lonjakan 8 tangga selepas Piala AFF ni dah cukup baik. Selama ni nak naik setangga pun menangis derr!

Semua komen2 baik mahupun buruk nanti gua laung sama yg lain.

Terima kasih. *senyum :)