melalui sini kita boleh lihat penguasaan barca dari segi psikologi dan mentaliti rata-rata homo sapien di dunia ini. dengan mengamalkan strategi Tiki-Taka, secara konklusinya gua melabelkan bahawa Barca memang sebuah pasukan yang sempurna.
hai awak :D saye pakai jersi nombor 20 taw. hihihi.
Ibrahim Afellay, 24, kini telah menyelesaikan perpindahannya dari PSV Eindhoven ke FCBarcelona dan telah menjalankan latihan bersama jurulatih barunya Pep Guardiola dan rakan -rakan dalam tim barunya . kali ini baru betul-betul baru.
"Bagi saya, 'Total Football' adalah cara permainan yang seharusnya dimainkan dalam sesebuah pasukan, dan tidak ada mana-mana pasukan di dunia ini boleh melakukannya lebih baik dari Barcelona," katanya kepada Sokerleaks tempoh hari.
"Walaupun kebodohan saya dalam berbahasa Spanish, tapi semangat dan komitmen yang saya ada ini akan saya aplikasikan dalam permainan saya, terutamanya ketika menentang Auksenal nanti"
Nota Kecil : Ok, sekarang kita berbincang tentang Auksenal. dalam Sokerleaks, kem Auksenal diterajui oleh seorang puaka dan seorang wanita melayu terakhir. dan mereka ini bukan pasangan kapel atau pasangan bercinta. mereka cuma rakan pengulas. sekali lagi saya ulang, RAKAN PENGULAS.
kata Affelay lagi, " Iniesta adalah salah seorang pemain terbaik dunia tetapi saya lebih mengganggap beliau sebagai seorang yang berperwatakan stailo secara peribadi macam pengulas-pengulas di Sokerleaks kecuali abam MOFASAD"
Affelay juga berharap yang rakan-rakan barunya dapat membantu dan memberi tunjuk ajar kepada beliau ketika berada di pasukan Catalan itu.
Sekian sahaja Leaks dari gua.
***
Leaks lain-lain : Xavi Hernandez telah memecah rekod Migueli, bekas pertahanan Sepanyol, dengan 549 perlawanan bersama Barcelona dan berharap beliau akan kekal bersama pasukan Catalan itu atau lebih tepat lagi Pasukan Klasemen sampai bila-bila. Real Madrid dah ada belum pemain yang setia dan klasemen macam dia ni?? kah kah kah!
9 comments:
real madrid tak klasemen.
apa apa pun, diharapkan wenger mendapatkan nasihat dari professor raja berkenaan dengan pertembungan dua team yang hebat ini.
real madrid takdak pemain mcm xavi. yg ada semua kuat beremosi. dan ya. kuat tolak muka org. lol. affelay kacak. aku harap gaya dia main pn sekacak muka dia gk. mcm xavi. ngeh ngeh ngeh.
pehhh real kena sebijik. takpe2~
tak silap aku afellay ni barca angkat 3 M euro je. memang mantap.
Agak mengecewakan statement kem Barcelona tersebut. Real Madrid lebih dari itu? Lagenda kami di zaman ketiptopan Real dulu, Manuel SanchÃs main 710 games dgn Real drp youth team sampai pencen. Haaa..mahu lagi?
Santiago Bernabeu tu bukan sedap-sedap bubuh, itu amik dr nama legend Real, 527 appearance dgn Los Blancos.
Jose Camacho - 414
Miguel Chendo -363
Sekarang ni kapten Real tuu..tuu..yang merangkap kapten Spain tuu..tuu..tu apa?
Ok, tohmahan tak berasas kami bidas.
Cayalah Affelay - kasi hantam itu Real Madras!
gud joob linglung.. sila bidas tomahan2 x berasas dari kem barca nih.
nmpaknya competition among players dlm kem barca smakin hngat.semoga, memberikan hasil yg memberangsangkn.
dulu Ibrahimovic...
sekarang Ibrahim Afellay...
Pep ni memang ada apa-apa ke dgn player nama 'Ibrahim' ni??
Post a Comment