Tahun baru yang indah untuk semua. Semoga!
Kelajuan arus penampahan peminat pasukan bola sepak kebangsaan dan kebanggaan baru kita semakin deras. Walaupun benda ini boleh dilabelkan sebagai 'fenomena timbal balik', kita semua seharusnya berbangga dengan semangat juang pasukan Malaysia dalam perang piala AFF tempoh hari. Boleh kita dengar dengan cukup kuat ngauman singa lapar yang dahagakan kejayaan manis. Kalau boleh sampai telinga kita bernanah-nanah pun tak apa. Berbeza dengan pasukan Liverpool yang layu bagai. Sungguh berbeza.
Salah satu langkah paling mujarab untuk sesuatu pasukan bola sepak itu mengekalkan prestasi unggulnya adalah dengan menyantap segala jenis aura sokongan penuh inspirasi penyokongnya. Jadi di sini, ingin saya 'faktakan' tiga perkara yang harus dielakkan, juga diamalkan kita-kita yang berbeza jenis semangat dan patriotik diri.
1. Diharamkan sama sekali kita menyarung jersi/baju lain selain jersi/baju kebangsaan kita. Walaupun saya punya cinta terhadap pasukan Magpies/Toon sangat mendalam, tak mungkin sama sekali akan saya sarung jersi mereka bila tiba satu hari nanti mereka adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan. Yang ramai-ramai pakai jersi pasukan glory-hunter kelolaan abramovich dan keluarga glazer semasa perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini sebenarnya tak berapa boleh nak dimaafkan sangat. Tapi mereka ada hak. Hak untuk berpaling tadah dan jatuhkan moral negara sendiri. Sula secara virtual adalah hukuman yang paling cocok/enak sekali untuk mereka-mereka ni.
2. Menyokong dan meraikan kisah cinta pemain-pemain kita. Janganlah dikutuk betapa tidak sesuainya rupa dan fizikal mereka dengan pasangan mereka. Jika dilihat dari prestasi adik-beradik kembar Zaquan dan Aidil, jelas nampaknya mereka sukar dilihat untuk berada di tahap kecergasan dan cara permainan yang tak bermutu. Sentiasa sahaja mereka beraksi dengan penuh hardcore. Ini adalah hasil daripada sokongan para peminat. Tak pernah saya dengar(setakat ini), percintaan mereka dikutuk dan dicaci kecuali kutukan pencemburu dari rakan sejawat, ustakberd. Jenis-jenis tak sedar diri macam beliau ni memang kita tak patut ambil kisah. Juga diharapkan Khairul Fahmi yang semakin tertera namanya di hati-hati gadis satu Malaysia, berhati-hati dengan perang psikologi peminat. Kalau dah ramai orang minat, mesti hatinya goyah bila peratusan lambakan dari gadis-gadis sunti untuk bersamanya semakin bertambah. Bila wujudnya perkara-perkara begini, agak sukar untuk mereka beraksi di tahap tertinggi. Jadi, gadis-gadis kita seharusnya pandai kawal diri, tidak terlepas juga mereka-mereka yang bernafsu tidak berapa hendak lurus. Bayangkan anda yang berada di atas padang untuk negara tetapi minda anda berada di atas katil, hendak bertekak dengan pasangan kerana dituduh curang. Rosak semangat. Boleh anda faham apa yang saya cuba terangkan?
3. Ambil tahu. Ambil tahu dengan corak permainan pasukan kita. Ambil tahu dengan progress pasukan kita. Menyokong dan memberi semangat yang padu itu sangat bagus dan cukup mengharukan, tetapi jika kita ada inisiatif nak kaji dan faham dengan setiap ceruk gaya dan kebolehan pasukan kita, ini secara tidak langsung boleh membantu dalam mendalami lagi rasa jati diri kita mempatriotikkan diri. Di mana logiknya? Ianya lebih kepada perasaan-perasaan kita. Setiap hantaran bola dan percubaan untuk menjaringkan gol sebenarnya adalah sejenis 'adrenalin rush' yang membawa jutaan jenis kebaikan. Kita boleh tahu kemampuan sebenar pasukan kita. Bukan kita tak boleh belajar apa yang patut kita belajar. Seringkali saya disajikan dengan analisis-analisis perlawanan pasukan-pasukan luar. Seronok, tapi saya sudah mula bosan. Same shit, different match. Lagi-lagi dengan analisis pasukan kelolaan si tua gadang Fergie. Semuanya jenis mendatar tak tentu hala.
Walaupun saya tak berkemampuan hendak menonton perlawanan pasukan kebangsaan secara live buat masa ini, saya akan sentiasa menyemak semula vidjeo-vidjeo rakaman para pengguna internet. Tidaklah saya hendak kata pengetahuan saya bagus, tapi jika dibandingkan dengan ustakberd, saya ada benda yang boleh dibanggakan. Banyak lagi langkah-langkah yang boleh difaktakan. Kita sendiri boleh fikir. Walaupun mungkin K.Rajagopal tak ambil peduli, kita sebagai peminat, tahu fungsi kita. Buat kerja penuh efficient.
Tak lupa juga, kita perlu ganti pengulas sukan yang lebih 'berpelajaran'. Selalu sidekick kepada Hasbullah Awang merepek tak tentu hala. Tersasul sampai dikatanya penalti kepada wisel penamat memang tak boleh dimaafkan. Pengulas dan penganalisis perlawanan bola sepak adalah dua kerja yang besar bezanya.
Sehingga bertemu lagi.
1 comment:
ahhaa..terbaik.datuk tu jgn pertikai kewibaannye
Post a Comment