Monday, January 3, 2011
Teori Konspirasi Untuk Kaunter Pergerakan Freemason di Eropah.
Apa kau ingat orang Islam ni lekeh sangat ke?
Baru-baru ni ana ada menulis tentang Manchester United bakal dibeli oleh saudagar Qatar dan ramai yang merespond dengan penuh gelak-gelak dan beranggapan bahawa ana hanya mat troller yang cuba jadi cool.Ana hanya bergeleng-geleng kepala mengenangkan nasib umat Islam yang menggelakkan pendapat ana bahawa Islam bakal menumpaskan Freemason dengan aqal dan kedudukan dunia Islam selaku pengeluar petroleum terbesar dunia.Semua orang ingat bila ana berkata - Manchester yang satu ketika dahulu terkenal oleh penduduk England sebagai bandar pencuri tayar kereta - bakal menjadi pusat syiar Islam yang terunggul.
"Pengislaman" Manchester bermula dengan Manchester City yang mula memeluk mesra dengan pembelian Abu Dhabi Investment.Tetapi apalah gunanya bercita-cita untuk menjadikan bandar pencuri tayar kereta ini sebagai pusat penyebaran syiar Islam Eropah kalau mengambil kelab yang tak pernah menang piala selama hampir 40 tahun ni?Tak pernah klasemen punya kelab.Maka sebab itulah Qatar mengambil langkah proaktif dalam penyebaran ajaran Islam melalui sukan paling berpengaruh di muka bumi ini.Jika satu masa dahulu Obefiend ada membongkarkan tentang kegiatan rahsia Freemason dalam menyebarkan pengaruhnya dalam bolasepak melalui Manchester United,apabila Qatar memulakan langkah garang - segarang Salahuddin al-Ayubi menentang Templar Knights,malangnya umat Meleis di sini hanya bergelak sakan dan menganggapnya parodi.
Sebenarnya jika umat Meleis yang berugama Islam disebelah sini paranoid dengan penyebaran dakyah Freemason,di sebelah Eropah pun umat Kokesyen pun paranoid dengan penyebaran dakwah Islam di sana.(simple,tukar "y" dengan "w",jadi maksud lain).Kalau kita lihat salah satu sebab kenapa Marco Materazzi menanduk Zinedene Zidane - ini kerana Zidane merupakan seorang Islam dan menjadi pemain terbaik dunia.Marco Materazzi hanya mat pengabih boreh di Internazionale.Jadi sesetengah pakar pembaca mulut dunia berkata sebenarnya mengatakan Materazzi mengkritik Islam maka Zidane telah menanduknya kerana menghina ajaran Rasulullah itu.
Jadi - kalau kita lihat di EPL - bermula dengan Fulham - kelab pertama yang diIslamkan melalui Mohammed al-Fayed,seterusnya Manchester City,dan Portsmouth - menyakinkan para konspirator di sebelah Eropah bahawa Islam sedang menguasai Eropah.Di Jerman banyak pekerja-pekerja Turki sudah mula menjadi majoriti di bandar-bandar industri seperti Dresden dan Hamburg.Di Perancis - utara Paris kini sudah mula dipanggil "Wilayah Algeria Utara".Di UK sendiri,di London,di daerah Tower Hamlets dan Walthamstow sendiri sudah menjadi majoriti bagi penduduk Pakistan.Bahkan di Birmingham,Liverpool dan Manchester sendiri - sudah semakin ramai orang Islam membanjiri dan bekerja.Disebabkan kaum Kokesyen ni pemalas nak mampus dan mengharapkan Ketuanan Puteh yang diperjuangkan BNP(macam Perkasa gak),umat Islam pun menguasai di Eropah dalam banyak bidang - termasuk bidang bolasepak.
Kini - sudah ramai star yang beragama Islam.Star seperti Franck Ribery Bilal Yusof Mohammed,Nicolas Anelka Abdul Salaam Bilal,Mesut Ozil dan ramai lagi.Ini menjadikan Islam sudah semakin berpengaruh di Eropah.Dan kalau umat Meleis risau dengan kegiatan Freemason - kini saudagar-saudagar Arab telah berjaya merampasnya kembali kegemilangan Islam.Kalau kita tengok pun - menara tertinggi di dunia pun kat negara Islam.Jam terbesar di dunia pun kat sebelah Kaabah.Dengan Qatar menganjurkan Piala Dunia lagi 11 tahun - lengkaplah pengislaman terhadap bolasepak.
Satu je ana nak bercakap,kepada mereka yang sibuk menonton The Arrivals dan paranoid semacam,nak takut apa.Kita ada Manchester City,Qatar yang bakal membeli Manchester United dan anjurkan World Cup serta kita ada Abdul Salaam Bilal.Dorang pun takut dengan kita jugak.Jangan ingat umat Islam akan teraniaya - tapi sebaliknya umat Islam akan menang bergaya - macam Norshahrol Idlan Talaha mengassist bola kepada Safee Sali.Hah - yang tu pun Islam gak - gerunlah sikit kapiaq weh!
Jadi,teori ini akan ana kupaskan dari semasa ke semasa kalau ada masa.Ana jugak akan melihat simbol-simbol tersembunyi khususnya dalam bolasepak dalam penyebaran dakwah untuk memastikan Freemason lupus dari muka bumi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
hah! aku dah tak gerun dah dgn kapiaq-kapiaq ni!
ibrahim afellay
wahh..memang ana betul2 teruja dengan entry ni...serius! tak sabar nk tggu entry lepas ni... dah update tolong bgtau ana. ana tak puas lg nk baca..huhuhu
Entry terbaru; Benci Blog Ni!!
Cadangan utk Soccerleaks...
letak shout box supaya...he3.sebabnya tak tau nak tanye kat mana dalam blog ini pasal cerita panas ini...
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NGOmahuHarimauMalayadiubah/Article/index_html
ade paip2 dalaman yg leaks kat mana2 tak?hi3..korek cerita ini dalam2...sekian
shoutbox banyak spam la. mengarut banyak. kehkeh. tp aku suka post ni. n waiting for more of it.
antum juga harus sedar yang mana industri hallalan toyiban juga sudah meluas di dunya ini. tak perlu risau dengan freemason yang makin terbongkar aktiviti beliau. haw haw haw.
matt mimpi:syukran syukran haiya allal fallah!
Mat Perlis:Ibrahim Afellay yeah ana lupa nak sebut nama dia.Terima kasih anta!
ch@wi:ya - ana akan bongkarkan satu per satu - supaya tidak ada lagi ketakutan di kalangan umat Islam dengan Freemason - tapi Freemason yang takut sama kita.
Adamxis - der,gua rasa kalau letak shoutbox lagi macam bersepah pulak - laptop gua berat nanti der.
MATAHARI:adalah tugas Sokerleaks untuk membongkarkan rahsia-rahsia kelab bolasepak yang banyak tersirat dari tersurat..
anak abdullah:Industri halalan toyyiba tu ana boleh sebut - tapi ini Sokerleaks so better stay cerita sepak bola je la.
agaknya kalau dulu proton berjaya dgn norwich city, mungkin jadi euromalay tak pun malayeuro.
nasib baik hancus..
bro Adam Xis, link http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NGOmahuHarimau tu tak dapat bukak..
Post a Comment