Thursday, January 6, 2011

We're Going Down Under!



Mate,the fair dinkum is,Socceroos will rule the paddock at the outback,mate! - Hugh Jackman,an Aussie.

OK,ada malaon yang bernama zX komen kat Kem Nippon gua - mengatakan bahawa Sokerleaks ni takde identiti sebab Sokernet pun ada awek Juliana who?,gua bubuh untuk kem Nippon - seorang janda meletup dari Nippon.Janda seorang hairstylist bernama Bun - Leah Dizon.So - oleh kerana gua tulis untuk Kem Socceroos ni untuk member gua - Munirah Zahari yang kini berada di Sydney,dan oleh kerana gua disound kerana mengguna awek - why not gua ketengahkan Hugh Jackman sebagai duta Socceroos dalam Sokerleaks ini.Lagipun Munee,tadak hal kan,Hugh Jackman?Garang sikit.Grrr!

Anyway pasukan bolasepak Australia ni ditubuhkan tahun 1922 ni sebenarnya tak sefames bolasepak Australia(dipanggil Aussie rules - kalau tak tau boleh tweet Munee sendiri),ragbi dan jugak kriket.Oh ya tak kurang jugak sukan renang - Aussie memang power - Ian Thorpe sebelum wujudnya mat bong Michael Phelps.Pun begitu mereka pernah masuk World Cup 3 kali - 1974,2006 dan 2010.

Pasukan Australia dalam bolasepak ini taklah segah pasukan ragbi dan kriket mereka.Kalau Australia dalam ragbi adalah satu pasukan yang digeruni dan juara dunia 2 kali.Kalau kriket pun - rival mereka England dalam The Ashes pun banyak kali kalah.Masa aku kat London dulu pun asyik kalah je.Tahun lepas je menang.Tapi dalam bolasepak ni - Socceroos ni di arena dunia taklah power mana.Kira okay la - tapi tak power macam Argentina.

Namun dalam bercerita pasukan Australia ni - sungguh-sungguh mereka tak gah dalam bolasepak pun,serta sejarah bolasepak mereka yang tak semeriah mana - macam di Eropah atau Amerika Latin - tapi masih boleh cuak dikalangan negara Asia.Ini kerana Australia adalah negara sukan.Boleh dikatakan 75% dari penduduknya aktif dalam sukan - sama ada menyertai pasukan ragbi,berenang,atau paling koman pun lumba jalan kaki.Jarang gua jumpa orang Australia yang perut boroi macam gua.Semua Aussies yang gua kenal semua hot-hot - baik babes atau hunks.Masa kat London dulu kawan yang berasal dari Aussie gua mesti cun.Mesti takkan jumpa lemak - mesti solid dan mantap.

Kalau ada dia memang betul-betul outback yang kaki botol sambil tembak kanggaru kat Kalgoorie nun ha.Dan sebagai status negara sukan dan selalu duduk kat top 5 dalam ranking Sukan Olimpik - apa jenis sukan pun Australia wajib digeruni.Gua percaya satu hari nanti Australia juga akan menjadi power dalam sepaktakraw dan jugak badminton.Hoki,dorang dah power.Tennis - Leyton Hewitt bekas pemain no.1 dunia.

So tahun ni tahun kedua pasukan Socceroos di AFC sejak berpindah dari OFC pada tahun 2006.Kali pertama semasa Piala Asia 2007 - mereka beraksi di Thailand.Mesti Tim Cahill seronok sebab dapat perkena Chang Beer yang kaw-kaw di Bangkok sampai tak form langsung pasukan Australia masa tu.So tahun ni dengan diketuai Lucas Neill yang kini bermain di Galatasaray,pemain-pemain Australia kebanyakannya dikenali oleh peminat EPL sebab ramai main kat sana.Tim Cahill,Brett Emerton,dan David Carney dari Blackpool juga turun dalam kejohanan kali ini.Dan jurulatih Socceroos yang berasal dari Jerman Holger Osieck diharap dapat memberi taktikal seperti pasukan Jerman yang terkenal dengan mekanisme berpasukan mereka.

Dalam group C - berhadapan dengan Korea Selatan team Berto,Bahrain dan India - gua ucapkan maju jaya kepada skuad Socceroos ni.

So - g'luck mate!

p/s:Rekod dunia perlawanan bolasepak jaringan paling banyak dalam kejohanan FIFA paling tertinggi dipegang oleh Socceroos - menewaskan pasukan American Samoa 31-0 - woit,even Brazil pun tak belasah macam tu la woit!Ni lawan team sekolah mana ni?kahkahkah!



Jadi sempena menulis untuk Munee - sila layan lagu ini - dari Aussie untuk Aussie!

8 comments:

Cob Nobbler said...

I always find out that Aussie accent is quite sexy!

Berto said...

ok nami, apa pandangan lu mengenai sentimen 'asia hanyalah utk org asia' bila ramai peminat bola asia mengecam australia yg menggunakan AFC sbagai cara mudah ke Piala Dunia?

Apakah Australia tak layak untuk masuk ke dlm gabungan AFC? Kalau mcm tu apa kata suruh FAM tukar konfederasi, masuk OFC, paling payah pon lawan N.zealand, pastu main playoff..rasanya peluang ke World Cup lagi cerah kalau main bwh OFC..

Unknown said...

FUCK YOU!

Wan Ahmad Faiz said...

ada member2 aku ckp yg kadang2 kat aussie ni lebih ramai org yg menonton persembahan2 seni or theater dari menonton bola sepak kat stadium..

Kelab Kembar Malaysia said...

Peghh! mabeles!! 31-0!



er... tak abis2 lagi ker..

Cob Nobbler said...

Berto:Bagi aku - Australia ni macam team yang power - dikelilingi oleh negara-negara yang bangang dalam bolasepak.Contoh trajis kau tengok ialah 31-0 lawan American Samoa - video yang gua letak tu.Sebelum tu Australia mengalahkan pasukan Tonga 22-0 - dan Socceroos berpendapat bahawa dorang perlu kompetitors yang lebih kuat iaitu AFC.

Kalau ko fikir balik - setakat playoff,FIFA bagi tengok nasib.2006 Australia(masa tu masih dalam OFC) kena lawan tempat kelima CONMEBOL iaitu Uruguay.Uruguay kalah penalti and Australia in.Tahun 2010 - FIFA bagi lawan dengan AFC - New Zealand vs Bahrain dalam playoff.

So,ada ura-ura mengatakan - memandangkan AFC ni benua dia besar - tapi perwakilan kecil - somehow dia akan kekalkan kelayakan AFC vs OFC in playoff kelayakan.

So - sama je bagi aku.Australia kalau dia nak masuk AFC - how about Israel yang patut kat AFC tapi masuk UEFA sebab tekanan politik?At least Australia kerana ingin mencari lawan yang lebih kompetitif.

How about Surinam,Guyana dan French Guiana - team lembik dalam Amerika Latin - kenapa pilih masuk CONCACAF berbanding CONMEBOL?

About FAM nak masuk OFC - gua rasa tak logik.Sama tak logik kalau FAM nak masuk UEFA atau CONMEBOL.Sebab takde reason yang munasabah langsung.In fact ibu pejabat AFC pun kat Bukit Jalil - gila menda FAM nak pindah ke OFC?

Cob Nobbler said...

Abdul Sokerleaks:hi troller!

abeih:tu memang betul.Sebab bolasepak ni bukan sukan utama Australia.Kau bagi tiket teater tu dengan tiket World Cup Rugby - lu bagi awek pun,dia akan ambik ragbi.

Ragbi sukan utama Australia,sama macam Aussie rules dengan kriket.

nmz said...

oh yes, australian accent is sexy! i found it interesting, 1st dalam list.

well for me, australia masuk afc pun quite amused me. semangat diorang lain, lepas frust bid world cup, they seems to work hard on it to show that they can be on the top of the world too *dalam bola la kan, wlaupun nmpk diorang xkisah sgt psl ni , front page sukan pun cricket or rugby. tp komanwel punya semangat memang best lah, terasa aussie pulak. lol!

apapun, go socceroos!