Sunday, May 1, 2011

BSH - Bapak Segala Highlight #1

  • Game paling bosan dimenangi oleh Blackpool menentang Stoke City. Jangan kata gol,satu kad kuning pun tak keluar dalam perlawanan ni. Diaorang main bola ke duduk bersembang dalam padang ni?
  • Chelsea memenangi perlawanan menentang Tottenham Hotspurs dengan satu jaringan yang kompem-kompem bola tak lintas line dan satu jaringan lagi yang kompem-kompem offside. Ni budak Gomes ni pun satu hal jugak,teringin sangat nak jadi Almunia ke?
  • Bolton dikalah oleh Blackburn dengan jaringan tunggal dari Ollson. Celaka Bolton ni,time lawan Arsenal kemain power lagi,ni main macam celaka pulak. Babi!
  • Sunderland diayamkan oleh Fulham di gelanggang sendiri dengan 3 jaringan tanpa balas. Budak-budak Sunderland ni kemain down lagi sekarang,bergaduh dengan makwe masing-masing ke apa?
  • Ni satu lagi team asyik down,Aston Villa gagal menandingi West Brom yang hanya bermain dengan 10 orang. Perlawanan berakhir dengan West Brom 2 - 1 Aston Villa dan akhirnya gua faham kenapa Gerard Houllier boleh kena sakit jantung..
  • Perlawanan di antara Wigan dan Everton berakhir dengan keputusan seri satu sama. Baines terpaksa menunjukkan kepada Arteta cara mengambil sepakan penalti yang sempurna dan bukannya sepak macam orang ada saka..

  • Dua biji gol pada lewat permainan oleh Pazzini memastikan kemenangan Inter Milan dan seterusnya menangguhkan pemain-pemain AC Milan meraikan kejuaraan mereka merebut takhta Serie A.

  • Real Madrid kalah lagi,kali ini dengan Zaragoza. Macam biasa The Special One bermuram durja dan Real Madrid masih meneruskan tradisi bermain dengan 10 orang selepas Ricardo Carvalho dilayangkan kad merah.
  • Barcelona kalah lagi dengan Real,kali ini dengan Real Sociedad. Aksi lakonan air mata,cuit bahu terus jatuh terguling-guling sambil tutup muka tidak lagi berjaya memastikan kemenangan mereka apabila Mascherano menghadiahkan sepakan penalti kepada pihak lawan pada minit-minit akhir permainan selepas terikat dengan satu jaringan.

  • Borrusia Dortmund akhirnya sah memegang takhta Bundesliga selepas kemenangan 2 - 0 ke atas Nurnberg. Sekarang mari kita teka berapa ramai pemain muda Borrusia Dortmund ni akan kekal pada musim akan datang?
  • Schalke 04 tetap unggul selaku pasukan ajaib yang layak ke semi final Champion League selepas dikalahkan oleh Bayern Munich 4 - 1. Lebih ajaib ialah apabila kelima-lima jaringan dihasilkan oleh pemain Bayern Munich sendiri.



Sementara itu di Stamfor Bridge,Abang John The "Wife Sitter" Terry kemain lagi yakin mengatakan esok Arsenal akan berjaya menandingi Menyu di Emirates.

Sekarang kasitahu gua,siapa Terry?Dia bukan siapa-siapa.

Arsenal tak perlukan orang seperti Terry untuk membodek,membakar semangat dan memuji secara membabi buta. Setakat bola tak lepas line pun nak kira gol,setakat gol offside pun kira gol apa jadah sangat la pendapat player dari pasukan sebegini.

Kalau esok Arsenal menang bukan demi Chelsea,bukan demi John Terry,bukan demi memalukan Menyu dan juga bukan demi bandar London tetapi demi penyokong-penyokong Arsenal!

9 comments:

Berto said...

Semoga Berjaya Arsenal. #IAWT

Leplep said...

#IAWT,#IAWT jugak..Rokok gua bila nak kasi Berto?

Berto said...

#frinjan #minggudepan ?

M. Adlail Zamiza said...

wahhhhhh~

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Did berto juz sait #IAWT?

Berto said...

@nazs
itu sindiran dan nganjingan je, jgn risau. #COYS masih dihati

Ozgur Cek said...

QPR dah comfirm masuk EPL musim depan selepas kalahkan Watford 2-0

Amir Syahir said...

M.U menang punya lah!

Linglung said...

ini cerita tipu.