Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.
Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.
Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.
Sekian.
YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M
*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011
Sumber
Lakaran stadium:-
Gambar Kredit utk Ustaz Ahmad Baihaki
15 comments:
smart design stadium
wooooooo... hah, kene jejak kaki kat stadium tu kalu betul dibuat. gomo kelate gomo!! haha
terbaru:
1. GUA TAU GUA EMSEM BILE PAKAI SPEK jangan.jeles.okeh
2. WOI MAKAN LA... GUA SUAP NI.
3. Budak Celup 22
4. JAHATNYA KAMU!!
apsal 40k jer?
aku rasa patutnya kena buat lebih 50k, baru muat oghe kelate nok gi sokong..
dah alang2 buat stadium baru, buat la bumbung kot ye pun. hujan kang parah vip yang datang
fuyoo kelantan punya stadium takde balapan bodoh macam stadium tipikal malaysia...
cayalah!
dem. kecik giler. sebelah side je yang tinggi. nape tak buat due2 belah side tinggi?
40k? cukup ke.
tapi ni sumer pasal bajet neh. bajet besa besalah setadiyyum.
dan bila esok..
jap jap. ini projek kerajaan negeri kan? kebanyakan stadium kat malaysia macam shah alam dan BJ projek kerajaan pusat kan? aku bukan nk politik ke apa, cuma nak pastikan. kalau betullah ni projek kerajaan negeri, boleh kira impressive laa.
impressive!
nak buat stadium tu, buat elok2. amek kontraktor yang buat kerja, bukan makan duit atas angin. jangan dah siap stadium, sebulan runtuh bumbung plak. adeh.
kapasiti 40,000 tu ok je sebenarnya.
Anfield Liverpool -45,276
Stamford Bridge Chelsea -42,500
Stadio Olimpico Juventus -28,000
40k tu sebenarnye besar. cukup la utk stadium negeri bagi aku. dan jgn komplen sgt pasal design tu.aku xpikir itu final design. kenyataan pon ckp rekabentuk terperinci belom dpt lg. mungkin plan jer design camtu.
kalo jadi stadium bola ni, kelantan mmg power!
dh kira ok la tu kapasiti 40k..kerajaan negeri nk bt pusat sukan laen lg..bajet kerajaan negri bkn besor pommn..
Bro hidup sihat: Juv dah tak pakai stadium tuh..bukan ke delle alpi skang..heheh
ader ke projek besar kat malaysia ni tak melibatkan politik..mustahil2..TAPI kalau dapat dihindarkan...it's the best way..!
@tengkusidek
Delle Alpi tgh renovate, so Juventus dgn Torino kena pakai Stadio Olimpico tu buat masa ni. Sampai bila renovate den tak tahu
orait la tu, lokasi pun cun, tak de la diskriminasi sangat kat sep2 hulu gua musang nun. apapun final FA bukit jalil sep kite blake! can't fuking wait oredi.
Post a Comment