Sunday, May 15, 2011

Kelantan mengamuk, Selangor dibelasah, Rasuah?


Kelantan. Ya, Kelantan yang hebat yang ganas yang sedap yang terbaik! Ok cukup setakat tu. Belasah team lawan dengan kiraan gol yang banyak bukan tak biasa oleh kem The Red Warrior. Semua musuhnya diterajang tersungkur dalam keadaan memilukan.

Namun bagi The Red Giant dibelasah sedemikian rupa amatlah mustahil bagi mereka. Paling banyak tak silap 3 gol oleh Terengganu. Kali terakhir Selangor dibaham pada tahun 2008. Juga oleh The Red Warrior dalam aksi piala Malaysia di Kota Bharu, dengan keputusan 2-5.

Kalau nak cerita pasal perlawanan semalam mungkin gua tak berapa betul sangat sebab gua tak tengok secara langsung perlawanan dan bukan berada di stadium. Mungkin orang yang ada dalam stadium lebih mengetahui.

Dari segi corak permainan memang Kelantan yang pegang. Dari keeper ke defender sehinggalah ke striker semuanya menjadi. Di sebelah Selangor pula bahagian tengah kosong, defend lemah, dan keeper tak payah gua cakap. Bagi gua keeper Selangor, Si Amar tu dah cukup power kalau dilihat match sebelum-sebelum ni jika nak dibandingkan dengan Iqbal.

Maka dengan keputusan memalukan itu timbullah spekulasi kesemua agenda jual beli game. Kes rasuah. Mungkin ada benar atau tidak, gua tak berani nak kata apa. Andai kata 5-1 itu berpihak pada Selangor, gua boleh yakin tidak ada spekulasi rasuah atau jual game bagai. Sebab gua tahu penyokong Kelantan takkan rasa macam tu kepada pemain. Mereka percaya seratus peratus kepada semua yang terlibat. Paling tidak mereka maki ref. Berat sebelah. Karathu bengong, defend gong. Itu paling wajib. Tak ada sampai menuduh rasuah-rasuah jual game.

Dan kalau kita tengok kepada pemain Selangor, mustahil juga mereka ambil rasuah. Mana-mana yang berpeluang main dalam pasukan Selangor, semua orang dah tahu, mereka pemain professional. Masakan ada benda-benda kotor macam ni. Kalau mereka ambil juga tak tahu nak cakap apa. Pesen tak ada jati diri.

Satu lagi hal. Penyokong Selangor ada buat banner King of Malaya. Dan mungkin penyokong Kelantan tidak berpuas hati. Lu orang kena tahu, Selangor dah juara banyak kali. Mereka memang layak nak gelarkan pasukan mereka macam tu.

Namun masalahnya selepas menang semalam ramai penyokong Kelantan yang menyalak ke sana ke mari. Penyokong Selangor steady sambil hisap rokok jawab alah kami juara bertahan 32 kali piala Malaysia, 5 ke 6 kali piala Fa. Saja bagi dekat mereka yang batak. Jawapan gua satu, pergi mampus.

Sebenarnya tak salah nak kenangkan benda lalu. Cuma apa tindakan mereka buat? Dari segi pemain, kenapa mereka tak mahu pertahankan kejuaraan itu? Main serba tak menjadi. Penyokong pula kenapa taknak pertahankan kejuaraan mereka yang berjuta empat belas kali itu? Stadium pun tak pergi.

Semalam di SSA

Mungkin post kali ni menyebelahi Kelantan tapi Sokerleaks bukan page Kelantan. Kalau lu orang nak tengok puji-puji pasukan lu orang, tunggu admin kem lain yang post.

#statementleaks ulasan Presiden bola Negeri Sembilan ketika Nogori lawan Felda.

""Buang masa saya, jika kali ketiga kalah, saya akan gantung jurulatih," - Utusan 17/2/2011

Buang masa beb, buang masa. Nasib lu orang lah Jang oii.

21 comments:

Zoo3xx said...

nak kata rasuah tue tak tahulah plak.
tp smlm aku pegi stadium tgk selangor main sakit hati kot. Kalau 1st half dh kena 3-0, main pon takde serangan, nak tgk pon xde moodlah. Camane lah diorg bole kt no 1 kt league.

Heldot Gorim said...

sabor sgor...sabor... gua kabor beli messi x nk...

Ayeem Jemain said...

bola tu bulat. sedangkan real madrid pun pernah kena belasah 5-0? anyway tahniah! memang confirm pergi final lah.

Cob Nobbler said...

Klate,

Come back when you win 32.

That means.........2042.

tu pun kalau boleh lah.

Berto said...

nami nami, hati kau keras. hik hik

ewanthology said...

moral of the story :

jgn score byk sgt

suspicious

Anasz said...

fan selangor rilek ke ? abis yg baling botol kt shafik rahim 2 pe crita bro ??

asrafxy said...

gua suka ayat nie..

Satu lagi hal. Penyokong Selangor ada buat banner King of Malaya. Dan mungkin penyokong Kelantan tidak berpuas hati. Lu orang kena tahu, Selangor dah juara banyak kali. Mereka memang layak nak gelarkan pasukan mereka macam tu.


mana dtg la cite rasuah ni..gua nk ckp baby..baby betul la sapa yg buat cite karut marut ni!!!

dean101 said...

ayat2 penyedap hati..kahkah..

Mumia.Megat.Menjelma said...

Rasuah x habis2?? hahaha...
Kami b'syukur pasukan kami sokong menang, kami jugak penah kena baham ngn Perak 4-0... xde nk cakap psl rasuah pn...

Gomo Klate Gomo...!!!

aljambz said...

kelantan 0 - 4 perak.

ini apa cerita ni?

ada, said...

player selangor gaji 3X ganda lebih byk dr player kelantan, dgn kelantan duit pon dh nk kering walaupon jersi dh mcm bju f1, macam mana nk bg rasuah???? selangor tu asyik menang nasib jek, heran camner no 1 league.... nanti ar sikit ag leh masuk history channel lak, ok????

siputturbo said...

al jambz al jamban,

bukan kelantan 0 - 4 perak ye...mane ade kelantan pernah kalah dekat home ngn perak.

patut perak 4 -0 kelantan

haha

amar said...

2 LA KATA2 ORG X DPT TRIMA KEKALAHAN...

aljambz said...

kem kelatan punya entri, so kena mensyen pasal kelantan dulu la. siput, siput.

MOFASAD said...

masalah dalaman orang tertentu je tahu. hehehe

Berto said...

mana ada game ni dah dijual, x de la. defend sngor hancur sgt, dah tu winger kelantan kemain laju. midfield pon dh x de idea, 2nd half baru la nampak bunga skit sngor nak skor.itu je.

tp rasuah bolasepak kat malaysia mmg dah on balik. Piala Presiden pon org jual game. Liga Super dgn Liga Premier mungkin ada.

Tengku Firmino said...

just one game..tak payah nak gadoh lebih2..Kelantan dah menang besar..let ot go lah selangor oi..

Tuan Menara said...

Ketepikan masalah rasuah.. Aku tengok sendiri di stadium malam tu.. Pada pengamatan aku, Selangor sebenarnya dah memberi tentangan sewajarnya pada Kelantan.. Tapi aspek psikologi selangor kalah.. Penyokong Kelantan 40 ribu, selangor hanya 20 ribu.. Kesian..

Tuan Menara said...

Amek ni baca.. AKu petik daripada Kosmo..

Tanpa mahu mengaitkan ia dipengaruhi unsur rasuah atau jual perlawanan, Devan berkata, punca sebenar adalah kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gol, Saiful Amar Sudar serta barisan pertahanan diketuai Yosri Derma Raju dan Bunyamin Umar.

"Apabila sudah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, susah untuk kami bangkit pada babak kedua. Semua pemain sudah tidak termotivasi lagi. Malah ada yang minta ditukarkan ketika di bilik persalinan.

"Dalam peringkat separuh akhir, pemain tak sepatutnya melakukan kesilapan. Lihat Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol Kelantan) bola keluar pun dia selamatkan. Saiful Amar pula jelas gugup," ujar Devan.

Linglung said...

Bagus. Masa Liga Malaysia ni biar kita berpuak, tp time game Malaysia nanti jangan tak datang stadium.