Saturday, January 1, 2011

Edisi Pengenalan

Selamat datang ke SokerLeaks, Portal Rahsia Bola Sepak Kerajaan yang akan membongkar rahsia-rahsia bola sepak dalam dan luar negara. Liputan bola sepak yang mungkin tidak mampu ditandingi oleh media-media arus perdana baik yang pro kerajaan mahu pun pro pembangkang. Dengan ribuan kabel sulit kami, amat patutlah semua pihak dalam industri bola sepak seperti para pemain, Sepp Blatter, Sultan Bola dan anaknya, WAGS-WAGS, Hasbullah Awang, Dollah Salleh dan Nadi Arena berwaspada dengan pendedahan-pendedahan eksklusif dari pihak SokerLeaks.

Ini logo rasmi kami. biasakan la diri dengan logo ini.

SokerLeaks ditunjangi oleh 14 pengulas yang mewakili kelab-kelab berbeza yang akan memfokuskan kepada liputan Liga Super Malaysia, Liga Perdana Inggeris, La Liga, Clausura Argentina dan juga Bundesliga. Mungkin Piala Emas Raja-Raja 2011 atau pun Djarum Liga Super Indonesia akan turut termasuk dalam liputan kami. Oleh itu, marilah kita berkenalan dengan para pengulas kami yang jauh lebih kacak dari Shebby Singh dan John Dykes.

Cobb Nobler.- Boca Juniors dan hal ehwal bolasepak dari segi ekonomi dan sosial.

Lebih dikenali sebagai Nami, penulis blog Teh Tarik Gelas Besar. Penyokong Boca Juniors, Selangor, Barcelona dan Argentina. Mengikut resume yang dihantar kepada lembaga pengarah SokerLeaks, beliau berpengalaman bermain di posisi sayap kiri sewaktu mewakili kelas 5 Anggur di sekolah. Pernah menjuarai pertandingan Teka Kacang peringkat sekolah dan pernah mewakili sekolah dalam Kuiz Geografi. Celaka sungguh resume beliau. Seorang sosialis dan pernah menulis buku "Pengejar Bintang".

Hiro - Manchester United dan Kelantan.

Mamat ni masa interview saya tengok macam muka Tomok pun ada. Memang mat jambu sungguh. Blogger pujaan ramai makwe-makwe dan pakwe-pakwe yang tangkap cintan. Saingan kental bagi Mofasad dalam arena blogger. Siapa Mofasad? Sebentar lagi kami akan dedahkan. Wakil pengulas bagi kem Manchester United dan Kelantan The Red Warriors.

Jambz- Barcelona

Mamat ni pun lebih kurang jambunya macam Hiro. Wakil Kem Barcelona, saya turut mengangkat beliau sebagai antara orang penting dalam SokerLeaks. Dijangka akan memecahkan dominasi EPL dalam liputan media alternatif bersama seorang lagi dari kem Real Madrid. Siapakah beliau, sila teruskan membaca.

Linglung- Real Madrid dan Unit Khas Membahan Indon.

Satu-satunya wakil dot com dalam SokerLeaks. Terkenal dengan blognya yang bertemakan "Wood Is Kayu, Love Is Cinta". Antara orang penting dalam perang siber di twitter bersama penyokong Indon tempoh hari. Bakal menjadi wakil bagi kem Real Madrid dan juga liputan untuk bolasepak tempatan.

Siggplus- Liverpool, Perak dan Unit Khas Membahan Indon.

Raja kelucahan dalam dunia blogger akan menjadi wakil bagi kem pasukan klasik, Liverpool dan juga Perak. Penyokong tegar Liverpool ini pasti sudah bersedia untuk membalas tohmahan-tohmahan negatif terhadap Liverpool kebelakangan ini. Pihak SokerLeaks mengharapkan beliau mengurangkan kadar kelucahan beliau dalam blog ini.

Deus X Machina- Manchester United dan Selangor.

Penyokong sejati Selangor dan Manchester United. Pakar membahan dan pakar menjawab balik kalau kalah. Pihak SokerLeaks harap beliau ada banyak masa untuk blog ini kerana blog beliau sendiri khabarnya sebulan lebih tak apdet. Tapi memandangkan ini blog bola dan beliau ada gaya Hasbullah Awang di twitter, jadi sepatutnya tiada masalah untuk beliau.

Areleaf- Arsenal dan Proksi Sultan Bola

Wakil bagi kem Arsenal dan wakil khas dari negeri Sultan Bola. Puaka yang tukar makwe macam tukar boxer, antara pengasas dan orang penting SokerLeaks. Seorang brader-brader yang kadangkala ada hati dalam taman. Berjanji untuk membuat akaun twiter jika Arsenal masih gagal menjulang kejuaraaan musim ini. Kita tunggu dan lihat. juga puaka yang tak pandai memimpin anak-anak buahnya ketika di Sokerleaks.

FarhanaRazaki- Arsenal dan Unit Khas Gosip Pemain serta WAGS

Satu-satunya makwe dalam SokerLeaks, bakal menjadi wakil kem Arsenal dan bakal membocorkan kabel-kabel sulit yang bersangkut paut dengan hubungan pemain bola sepak dan WAGS mereka. Diharapkan tidak terjerumus dalam gosip bersama para pengulas SokerLeaks yang macam puaka perangainya.

Poyotitos- Liverpool dan Felda United.

Poyotitos yang terkenal dengan cerpen Murad Costigan beliau akan mewakili kem Liverpool dan juga Felda United di SokerLeaks. Baru saja memberi amaran kepada pengerusi Felda yang baru Isa Samad supaya jangan main-main dengan duit Felda. Peminat tegar Martin Skrtel.

Berto- Tottenham Hotspurs , Selangor dan Bayern Munich.

Satu-satunya wakil dari kelab yang kini di atas Liverpool, Tottenham Hotspurs. Berto juga akan turut menjadi wakil kem Selangor dan Bayern Munich. Kita tengok sejauh mana Berto akan bertahan dalam mempertahankan Tottenham Hotspurs.

Mofasad- Liverpool dan Selangor

Mofasad?Siapa yang tak kenal? "I Am Blogger Mofasad" adalah baju wajib beliau. Sudah lama tidak apdet blog, baru saja rabak akibat percintaan. Penyokong Liverpool yang akan menutup wall fesbuk jika Liverpool kalah. SokerLeaks mengharapkan beliau tidak akan berjiwangan di sini.

Berd- Manchester United dan Kelantan. dan mungkin Liga Jordan.

Berd, pengulas kami yang berpangkalan di Ibrid, Jordan. Bakal menjadi wakil bagi kem Manchester United dan Kelantan. Mungkin akan diarahkan untuk membuat liputan bagi Liga Bolasepak Jordan. Puaka misteri yang wajah sebenar hanya diketahui oleh Lembaga Pengarah SokerLeaks saja. Oh ya, beliau masih gagal memasak nasi goreng dengan jayanya.

Afiq Siddhartha - Newcastle United.

Afiq, pengulas kami yang berpangkalan di Amerika Utara. Walaupun pernah mendapat hadiah jersi Manchester United, namun beliau memilih untuk menjadi penyokong Newcastle United. Masih tegar menyokong Newcastle United walaupun musim lalu turun divisyen. Rambut gerbang ala-ala Andrew Caroll dan memang calon tepat untuk menjadi pengulas bagi kem Newcastle United.

Daniel SokerLeaks
- Pengerusi Lembaga Pengarah SokerLeaks.

Hai, itulah saya. Dan saya tiada kaitan dengan Julian Assange Wikileaks. keh keh keh.

Pasti ramai tertanya-tanya mana wakil Chelsea. Untuk pengetahuan anda, kami masih gagal mencari penyokong Chelsea yang betul-betul tegar dan tahu siapa jurulatih Chelsea sebelum Jose Mourinho dan tahu Chelsea di kota mana. Lagipun, penyokong Chelsea mula menjauhkan diri semenjak Chelsea mengalami kekalahan demi kekalahan kebelakangan ini. Dasar Blues Hunter!



Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan GOLL!!!!!!! saya melancarkan SokerLeaks dengan rasminya. Sekian. Hidup Ketuanan Melayu!!!!!!!!

27 comments:

hazel darwisya said...

mengomen sebelum baca aci x? aci la.

tahniah atas perasmian sokerlicks. hihi. jgn marah dong.


ok.sy baca skrg.aumm.

Loq said...

Ali Rusttimtam menjangkakan laman sokerleaks dot belog sepot dot com bakal memeriahkan industri bola sepak tanah air. Majulah sukan bola sepak untuk negara. #HarimauMalaya #MalaysiaBoleh .Sekian sahaja

Anonymous said...

Tahniah der.

fd said...

tahniah atas pelancaran sokerleaks. kami mengharap kan yang terbaik tahap julian assange dari kalian.

saya melayu. saya oke.

Cik Ieyraa said...

fuhh..stail habis.

M. Adlail Zamiza said...

bravo,bravo!
bile permohonan aku nak diluluskan ni?

AlexiaAqram said...

sokerlicks?

sokerdicks?

sokerweaks?

sokerleaks?

janji klasemen.

MOFASAD said...

aauuummmmmmmmm!

Paan Ovrtd said...

Mofasad. Emmm...cute nama tu. Saya like beliau.

Redz da Tsar said...

Gua tak tahan statement racist lu kat bawah tue... haha

IZR. said...

saya mengucapkan tahniah atas penubuhan sokerleaks walaupun saya tak minat bola.maju jaya.

Amir Syahir said...

suka la abam parid ade lam sokerleakssssssss..aummm.

Leplep said...

dengar kate areleaf tu boleh tahan kacak dan garang orangnya...kehkehkeh...

aljambz said...

babi jugak areleaf tu baru nak online gua rasa.

FarhanaRazaki said...

ntah.puaka ape menda ah.time rasmi tade.pui

Amir Syahir said...

nasib baik farhana ni urut dada gua, kalau tak dah mmg gua maki dah arelef tu..xde time rasmi..dem betei..

Daniel Sokerleaks said...

Gaduh gaduh mende ni, sekor sekor keh hempuk kang

Anonymous said...

nak join gak

Berto said...

saya, Berto selaku pengulas dari kem Spurs, ingin mengucapkan selamat datang ke Sokerleaks.

ingatan, anda masih belum terlambat untuk menukar team. Tolong jangan dah habis liga bila Spurs menang nanti baru lu orang semua pakat-pakat nak cari jersi Spurs.

Anonymous said...

Faking, takkan Berto sorang je Spurs?
Hensem juga gaya Berto ni. Spurs / Bayern ftw.

(aku tak amik port pasal Bayern, tapi kalau main PES aku suka pakai Bayern / Spurs)

Leplep said...

gua tak minat sgt majlis2 rasmi ni..rase kekok semacam..

Anonymous said...

majlis berbuka puasa aku syak ko orang pertama sampai.

Linglung said...

gua juga akan membahan mana-mana team dalam BPL yg mcm cilake ikut sedap gua, takde pilih kasih punya cerita.

fatian athiea said...

tahniah atas perasmian ni:)

enyheartsdiamond said...

cepat! iapa pengulas chelsea? :DDD

okedkama said...

hamboi liverpool. true sungguh kan

Cob Nobbler said...

Dari kem Boca Juniors(dan tim liga antarabangsa) melaporkan.

Gua akan cuba sedaya upaya memasang satelit Echolon untuk mencari setiap pelusuk dunia hatta di pergunungan Bhutan sekalipun untuk liputan Sokerleaks kali ni.

Gua cuba je - macam Tukar Tiub cakap "gua cuba jadi cool kat Facebook" kahkahkah!