Wednesday, January 19, 2011

Piala Dunia 2030 di Malaysia


Pergi Lombok bermesyuarat, yang keluarnya satu usul yang sangat desperado, sangat! Mesyuarat Menteri Luar Asean yang turut disertai wakil negara, Datuk Anifah Aman antara lain mengusulkan negara Asean untuk buat bidaan penganjuran bersama Piala Dunia 2026 atau 2030 nanti. Dah rasa cukup hebat ke? Bagus! Itu gua boleh terima lagi. Sikap optimis perlu ada dalam menghasilkan sang juara, ye dak?

Tapi bila keluar usul untuk bentuk satu 'Asean Dream Team' bertarung dalam Piala Dunia tersebut yang mana bukan diwakili oleh negara penganjur (samada Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura atau lain-lain), tapi diwakili oleh himpunan pemain-pemain dari negara Asean...ermmm..itu adalah WTF??! Team tu nanti kononnya akan dilatih oleh seorang jurulatih berkecuali yang akan memilih sendiri pemain-pemain untuk pasukan impian Asia Tenggara tersebut. Kenapa nak jadi desperado sampai macam tu sekali? Kalau iapun 'Asean Dream Team' tu naik jadi juara Piala Dunia 2026/2030 nanti, apa yang nak kita banggakan? Kenapa terpesong sampai ke situ sekali akal menteri-menteri luar Asean ni? Aiseh, malu derr! Usul ni sangat-sangat nak menunjukkan yang kita ni lemah! Menteri lemah berfikir dan pemain lemah beraksi, semua lemah!

Apa gila ingat FIFA nak setuju idea lawak ni? Ini sembang Piala Dunia, bukan Piala Suzuki derr. Kalau betul pun nak sangat naikkan bola sepak Asean, lagi baik usulkan idea yang lebih bernas. Majukan Champions League Asean dulu kasi padu, biar prestij dia berbau serata Asia, biar sampai ada wakil yang betul-betul kuat dalam Liga Juara-Juara Asia! Kuatkanlah juga pembangunan bola sepak serantau. Nak berjaya tak boleh nak gopoh sangat. Nak naik tangga ke tingkat 10, boleh ke dengan satu langkah terus sampai atas? Akal pun kena cempien baru boleh jadi cempien!

Kalau 'Asean Dream Team' tu juara nanti, ranking Malaysia naik ke?
Tak!

13 comments:

i'msosupernotcool said...

ye. bangang punye menteri!

ahmadon the don said...

bengap bangang bodoh betul otak diorang ni??

Paan Ovrtd said...

yarabbi...dah la bebal, pergi tunjuk bebal kat orang pulak...bebal bebal...

noreply@blogger.com said...

lol idea yg bodo nak mampus..

adre said...

hahahahaha..malu syiall! apa dah tak ada cara lain yg betul2 logik ke nak merasa masuk world cup?

Fiffy Hazirah said...

bodo. nak mampus ke ape. keamanan antara negara pn lom setel lg, kes gadoh ngn indon la apa la. kalau bersatu dalam 1 team then menang, akan jadi perebutan semua nak ngaku negara tu yg bawak pemain bagus la, tu la ni la. bangang.


menteri bodo jangan nak memperbodohkan negara la weh

hoenese rue. b. said...

kalu tak silap, dulu S'pore target masuk World Cup 2030.Ni team dah bubar sebab tak perform Suzuki Cup, depa pakai cara mudah plak nak maen World Cup...lagi bangang..

Murky said...

nama je menteri..tapi akai letak kat lutut...lawak btol..

Яafi Ahmad said...

aku xphm laa..jgn nak msuk piala dunia bg idea bodoh mcm th...yg bg idea pn tah tau men bola ke idak..
aku xsetuju mcm th...

Cob Nobbler said...

Lagu kebangsaan tu macam mana nanti yer?

kahkahkah!

keli said...

Idea cmni pon ader ker? X tercapai dek akal der....
Kemaluan besar gua sbg salah satu rakyat dinegara yg wat idea bernas ni...

Din Guerreroz said...

Skolah mane la menteri2 ni ek... Ingat pi lombok nak carik org mesia yg dilarikan oleh para Irwanshah dari lombok... rope2nyer bincang cmne nak masuk wollkap cara bangang... Pasti sedih cikgu2 mereka ek...

kareem said...

Cara orang bijak fikir:

fikir kesan dulu baru cakap


Cara menteri fikir:

cakap dulu baru fikir kesan