Tuesday, January 18, 2011

Wajah baru The Red Giants 2011



Petang tadi ada launching jersi Selangor season 2011. Lepas aku habis meeting tadi, terus aku merempit sederas-derasnya ke Stadium Shah Alam. Nasib baik aku sempat masuk. Terlebih dahulu aku nak ucap trimakasih kepada member aku yg meminjamkan motornya (member aku ni die-hard Kelantan, so sapa cakap orang Kelantan dengan Selangor tak boleh berbaik??)  serta mohon maaf jika gambar-gambar yang diambil ini kurang campien sikit. Lu tau jer la, aku pakai handset murah, mana boleh lawan kamera canggih MOFASAD.


Jadi, teka-teki jersi jenama apa yang bakal disarung wira Merah Kuning pada tahun ini terjawab juga. Adidas sudah, Lotto sudah, Kronos sudah, Puma pun sudah. Maka 2011 ni, Selangor bakal menggunakan jersi yang sama seperti AS Roma, Sampdoria, Fulham dan Borussia Dortmund iaitu KAPPA. Jersi Home warna merah, away warna kuning dan alternate warna biru.


Bagi aku jersi Selangor season ni biasa-biasa saja. Apa yang penting persembahan diatas padang. Selangor juga bakal ditaja oleh Menteri Besar Incorporated. Tahun ini juga Selangor memperkenalkan beberapa pemain baru untuk menggantikan pemain-pemain lama.


Sebenarnya aku segan-segan jugak nak berdepan dengan player-player Selangor ni. Tak tahulah sebab apa nervous sangat. Mungkin sebab aku datang keseorangan. Nak ambik gambar pon punyalah aku malu, tapi sebab SokerLeaks & TheRedGiants punya pasal, aku ambik jugaklah gambar dengan Safee, dengan player lain aku tak sampai hati nak tarik (padahal takut sebenarnya, kah kah).


Malas tulis panjang-panjang, lu orang layan je gambar-gambar bakal juara Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia 2011 kat bawah ni.


Aku sempat tanya Safee, jadi ke tak main kat Indonesia. Dia cakap 'tengok la macam mana nanti'. FAS jangan la kerek sangat, Safee ni bukannya nak pergi main team Liga Super Malaysia yang lain , dia nak expand career dia, pasal tu la dia nak pergi main kat Liga Indonesia. 


Sesi bersembang dengan wartawan. Kelihatan MB Khalid tersilap press conference pabila cuba menerangkan isu kekecohan lantikan SUK tempoh hari. Okeyh tu aku tipu, politikus tak dibenarkan dalam SokerLeaks yer. 


Pelapis. Skuad Piala Presiden.


Sori gambar tak cukup champien. Lu orang tunggu hujung tahun ni, empat-empat piala ada depan diorang ni nanti.


Mukabaru. Keeper baru Saiful Amar Sudar tidak kelihatan kerana beliau ke surau sebentar untuk solat Asar, mengikut kata-kata pegawai FAS la. Kalau lu orang terer namakan kesemua pemain baru Selangor ini. Tapi takda hadiah la yer, bajet takde, aku buat coverage ni pon tak boleh claim. Daniels takmau bayar.


his armbend prove he red giant amri amri,
viva selangor he said amri amri,
we bought the lad from selangor,
he get the ball he's gonna score,
amri yahya captain of selangor..! 

(lirik kredit to Maqzumie Goldah)



Dah tak tahu nak ambik gambar apa lagi, aku sental je la ambik gambar ni.


Akhir kata, kepada semua penyokong Selangor, jom turun ramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada 29 Januari 2011 ini, pukul 8.45 malam. Piala Sumbangsih lawan Kelantan. Tiket RM20. Manakala tiket perlawanan Liga Super Selangor di Shah Alam akan dinaikkan rm5 menjadi rm15  musim ini. Adehh, mahal la pulok. Tapi naik rm5 je kan? (aku rasa lagi better naik rm2 je, lagiiii better kalau tak naik-naik, kah kah). Semoga pemakaian jersi KAPPA dapat mengikut jejak langkah Borussia Dortmund yang sedang chempion mengungguli Bundesliga, jangan plak jadi macam Fulham, terkapai-kapai dekat EPL!

VIVA SELANGOR!!

11 comments:

iwan_dextrous said...

nape ak tgok jc dy mcm x menarik je ek.hihi

btw selangor memang kuat dari segi barisan pemain...

keli said...

lu mmg true fan selangor....baju mmg lawa...gua cme bley lyn tgk selangor men kt stadium jer....kompem gua akan beli jersi ni nnt...

Luca said...

gomo kelate gomo
haha

master said...

bagus sokeleaks, ada buat cover mcm ni..barulah dekat sikit dgn liga m!

MOFASAD said...

berto. lepas ni lepak pintu 15

i'msosupernotcool said...

yang tengah kotak putih besar sponsor tu memang aku tak bekenan.
buruk terus jadik jc.

tapi nanti taruk astro kan?

adre said...

setuju dgn i'msosupernotcool..buruk derr! kenapa tak print font tu je terus?

Khuzrin Kamarudin said...

enjut lebah enjut....

---dari si tegar lebah---

Berto said...

parid: berehhhh

keli said...

Yg sponsor kt tgh tu lu org kasi cat merah....kakakaka. apedehal ye dak?

Din Guerreroz said...

Harap jersey KL tak macam ini... keh keh keh...